Khamis, 19 Ogos 2010

Nabi Muhammad s.a.w Dengan Pengemis Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata

"Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari sehingga menjelang Rasulullah SAW wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha.
Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan",

Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja".

"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya.

Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan (roti yang diperbuat dari gamdung yang masih kasar dan keras) tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku walaupun sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Rabu, 11 Ogos 2010

Perubatan Barat Akui Kebaikkan Puasa

Pelbagai persoalan masih disuarakan oleh teman bukan Islam yang bimbang saya kelaparan kerana berpuasa.Ada yang berkata, ‘tak mati ke tak makan apa-apa dalam sehari?’ Saya katakan kita ada masa berpuasa, ada masa berbuka dalam sehari. Ada juga yang bertanya, ‘takkan tak makan apa-apa, minum pun tidak?’ Saya katakan tidak, tetapi kami boleh makan apa saja bila berbuka nanti, tiada sekatan terhadap jenis makanan, selagi ia halal.


Banyak tulisan menerangkan mengenai kebaikan berpuasa dalam Islam. Di kesempatan ini, mari kita lihat pula sejauh mana berpuasa dapat meningkatkan kesihatan daripada sudut pandangan perubatan. Saya bawakan beberapa pandangan perubatan yang menyokong ibadat berpuasa ini dengan fakta saintifik.

Menurut Dr Ben Kim, pengamal perubatan berasaskan herba dari Kanada, berpuasa untuk tujuan perubatan sudah lama diamalkan. Malah, ahli falsafah terkenal seperti Socrates dan Plato juga mencadangkan puasa untuk tujuan memulih dan meningkatkan kesihatan badan. Mahatma Gandhi sendiri dikatakan berpuasa selama 21 hari sebagai usaha meningkatkan rasa hormat antara warga berlainan agama di India.

Namun, sehingga hari ini amalan berpuasa lebih banyak dikaitkan sebagai ‘ritual’ agama saja, misalnya berpuasa pada bulan Ramadan oleh umat Islam. Nyata perkembangan perubatan moden dapat melihat kebaikan berpuasa dengan sokongan fakta saintifik. Kajian terhadap ilmu fisiologi mendapati amalan berpuasa mempunyai kuasa pemulihan yang hebat, kesan daripada aktiviti berpuasa tadi.

Elson Haas seorang doktor kesihatan dalam bukunya bertajuk Tetap sihat dengan Nutrisi: Panduan Lengkap untuk Diet dan Perubatan Nutrisi menyatakan bahawa berpuasa adalah antara terapi semula jadi yang terhebat. Haas juga percaya berpuasa adalah satu kaedah bukan hanya untuk terapi diri, malah untuk masalah perubatan yang lain serta merangkumi masalah kehidupan lebih kompleks.

Turut dinyatakan kebaikan berpuasa adalah untuk detoksifikasi atau penyah toksin. Pembersihan diri ini adalah satu daripada trilogi nutrisi amat penting terhadap badan manusia, selain menyeimbangkan keperluan dalam badan dan membina badan sihat. Haas percaya berpuasa adalah satu daripada ‘hubungan yang hilang’ dalam diet masyarakat Barat.

Kebanyakan masyarakat di Barat dikatakan terlebih makan, makan terlalu kerap, makan makanan yang mengandungi protein yang tinggi, selain tinggi lemak serta mencerna makanan lebih daripada yang diperlukan badan.

Statistik menunjukkan masyarakat Barat di UK amnya bukanlah tergolong dalam masyarakat yang sihat. Misalnya, Diabetes UK satu organisasi terbesar di UK yang membantu mereka menghidap diabetes, berkempen serta menjalankan kajian mengenai penyakit ini, menganggarkan lebih empat juta warga Britain akan menghidap diabetes menjelang 2025. Diabetes UK juga mendapati peningkatan 46 peratus yang akan berlaku adalah kesan daripada diet dan gaya hidup tidak sihat.

Menariknya, berpuasa yang disarankan doktor perubatan di Barat mempunyai persamaan dengan apa yang diamalkan umat Islam. Misalnya, antara saranan berpuasa untuk kesihatan adalah menjalankan puasa dalam tempoh singkat untuk membantu membersihkan dalaman badan.

Puasa singkat yang dilakukan dalam beberapa bulan setahun membantu membersihkan dalaman badan. Perbezaannya ialah puasa bentuk moden yang dicadangkan, mencadangkan puasa dimulakan selama 24 jam, kemudian dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Menurut Dr Ben Kim, jangka waktu berpuasa adalah bebas, tetapi bergantung kepada matlamat masing-masing.

Misalnya, jika kita bermatlamat untuk pulih daripada sakit akut, maka kita boleh berpuasa sehingga berasakan cukup sihat untuk makan semula. Untuk sakit kronik pula, jangka masa berpuasa ditentukan oleh kemajuan puasa itu sendiri.

Ini memandangkan proses pembaikan diri dalam tempoh ini boleh dijangka. Ketika berpuasa, tahap kolesterol dan asid urik dalam darah akan meningkat, namun selepas berpuasa tahap ini akan menurun yang menunjukkan sistem badan semakin bersih.

Selain itu, ada juga kajian yang menyarankan puasa daripada segala bentuk makanan, tetapi amalkan minum jus buah-buahan saja. Puasa bentuk ini dikatakan dapat menyah toksin badan, selain baik untuk mengurangkan berat badan.

Namun, perbezaan ini menjadikan ibadat berpuasa oleh umat Islam semakin unik. Kita disarankan berpuasa dan tidak boleh tidak. Tanpa perlu mengingkari, kita sudah setapak maju ke arah kesihatan diri.

Lebih menarik, kajian perubatan Barat juga menunjukkan ada jenis penyakit yang boleh dikurangkan menerusi amalan berpuasa. Misalnya,
  1. demam
  2. bronkitis
  3. sakit kepala
  4. sembelit
  5. sakit perut
  6. alergi terhadap sesetengah makanan
  7. asma
  8. insomnia
  9. masalah kulit
  10. kencing manis
  11. keletihan
  12. kegemukan
  13. sawan babi (epilepsi).

Manfaat puasa pula berdasarkan banyak kajian menrangkumi
  1. meningkatkan tenaga
  2. rasa lebih tenang
  3. merehatkan sistem pencernaan
  4. memperbaiki penglihatan dan pancaindera
  5. meningkatkan kreativiti- serta penyah toksin yang membawa kepada perubahan sikap kepada yang lebih baik kerana kurangnya toksin dalam badan.

Nyata amalan berpuasa bukanlah amalan yang melaparkan atau hanya wajib dijalankan umat Islam. Sungguhpun tiada kewajipan kepada bangsa lain untuk berpuasa, fakta saintifik menunjukkan bahawa puasa baik untuk kesihatan serta pemulihan dan pembersihan dalam badan.

kaedah yang paling sempurna dan paling mustajab untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan manusia dan untuk menghindari dari segala macam penyakit ialah melalui berpuasa, sama ada berpuasa dibulam Ramadan atau berpuasa sunnat pada hari Isnin dan Khamis.

Bilamana anda telah berpuasa pada waktu tersebut anda telah dapat membantu diri anda kearah kesihatan total, baik kesihatan fisikal, mahupun mental.
Puasa boleh memanjangkan umur anda dan membuat anda muda sepanjang waktu.


Semoga fakta saintifik ini membantu kita menjawab persoalan seperti yang saya utarakan awal tadi, bahawa puasa yang konsisten setiap tahun dalam satu bulan adalah satu cara semula jadi terhebat untuk kesihatan berpanjangan.

Hikmah - Hikmah Berpuasa dari Sudut Kesihatan
Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak.
Diantara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

  1. Puasa memberi Kesegar kepada fizikal dan mental seseorang.
  2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia.
  3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
  4. Puasa akan memanjangkan umur anda
  5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa
  6. Puasa akan membantu menhakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
  7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.
  8. Bilamana darah kita terlampau asam / asid, bila berpuasa semua asid akan detox an darah akan kembali alkali.
  9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi
  10. Puasa boleh menurunkan berat badan
  11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan
  12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata


Selasa, 10 Ogos 2010

10 Perkara terutama ketika Memilih Pasangan.


Kasih manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi,
sayang Tuhan janjinya pasti.

Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sakit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….

1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-BAIK AKHLAKNYA.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.

3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar?

4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

8-RAKAN PERGAULANNYA.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapak dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas bara.

A r a h C i n t a k u


Aku buta tentang cinta

kadang tak seperti mengenali dia

kerna aku adalah pemburu cinta

kadang penat mencari cinta


Bukan tertipu dengan kata-kata

tapi tak sedia mencari cinta

aku perlukan teman untuk berbicara

menerima diriku akan adanya


kadang aku berkorban untuk dia

seolah dia tidak melihatnya

kerana terlalu mengharapkan dia

sanggup beri apa saja..


cinta hilang begitu saja

umpama pelangi hilang seketika

seperti langkah ku sesat juga

terpaksa kembali dari titik bermula


Salahkah aku ingin memilikinya

berjuang mencari kesukaannya

hingga bersusah untuk dia

kerana terlalu mencintai dia


mungkin dia bukan jodohku juga

terpaksa mencari cinta kehujung dunia

mungkin ada insan menanti ku di sana

menerima cintaku tanpa syaratnya.. :)

NURKILAN; putraterakhir


Isnin, 9 Ogos 2010

Saya Telah Menopous Di Usia 26 Tahun.



Assalammualaikum
Terima kasih kerana sudi memberikan saya berpeluang berkongsi cerita di sini
sebenarnya, rasanya saya salah seorang hamba Allah yang ingin Allah beri ujian.. apa yang saya tahu, ..Allah tak akan menguji seseorang hambanya melainkan Dia tahu hambanya itu mampu menanggung ujianNya itu


Sahabat-sahabat yang lain perlu rasa bertuah dan bersyukur kerana masih mempunyai rahim dan berpeluang untuk mengandungkan zuriat sendiri walaupun belum ada rezeki.
untuk pengetahuan anda dan sahabat-sahabat sekalian, saya berumur 28 tahun dan sudah mendirikan rumahtangga hampir 2 tahun, Alhamdulillah.


Tetapi saya dan suami tidak berpeluang untuk memiliki zuriat sendiri melainkan Allah memberi keajaiban kepada kami.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, 3 minggu selepas saya dan suami bertunang, saya jatuh sakit dan doktor mengesahkan saya menghidap endomentriosis dan menyebabkan saya menjalani pembedahan membuang 1 ovari saya.


Selepas itu, Allah ingin menguji iman saya dan suami lagi dengan berita yang begitu meruntun hati saya dan suami (ketika itu tunang). sebulan sebelum mendirikan rumahtangga, saya disahkan oleh doktor pakar yang merawat saya yang saya menghidap barah yang begitu aktif di ovari saya yang satu lagi dan beliau mahu saya segera dibedah untuk mengelakkan sel barah itu merebak ke organ lain.


Saya meminta pada doktor berkenaan untuk menangguhkan pembedahan itu kerana saya ingin sekali memiliki zuriat sendiri tetapi doktor tidak membenarkannya kerana beliau bimbang dengan tahap kesihatan saya.


Saya masih ingat lagi, waktu itu saya, suami (ketika itu tunang) dan doktor sama-sama sayu dan bergenang airmata dan akhirnya saya dibedah kali kedua untuk membuang ovari dan rahim saya.. dan ketika itu saya sedar, saya telah menopous di usia 26 tahun.


Tetapi saya dan suami redha.. kami tahu ada hikmah disebaliknya.. pada saya Allah tidak memberi saya zuriat, tetapi Allah sayang pada saya dengan mengurniakan suami yang cukup baik, Alhamdulillah..


Walaupun saya sering kali menangis apabila mendapat tahu rakan-rakan, adik-beradik dan saudara mara mengandung atau melahirkan zuriat, saya berusaha untuk bersabar dan sentiasa ingat bahawa Allah merancang sesuatu yang....... InsyaAllah baik untuk saya dan suami dan perjalanan hidup kami di dunia ini.. InsyaAllah


Kisah Benar........

Sukar Untuk Mendapat Zuriat.



Assalamualaikum
Buat semua sahabat-sahabat yang senasib dengan saya. Rupa-rupanaya ramai juga insan yang nasibnya sama dengan saya iaitu sukar untuk mendapat zuriat.

28 Mei 2009 ni genap usia perkahwinan saya 3 tahun. Sekejap saja rasanya masa itu berlalu. Saya merasakan seolah-olah baru berkahwin kerana saya merasakan layanan suami sama seperti di awal perkahwinan dulu. Walaupun kami belum dikurniakan zuriat namun……….Allah kurniakan kami nikmat kebahagiaan.

Kebanyakan sahabat-sahabat yang kahwin sama dengan kami dan yang kemudian kahwin telah mempunyai 2 orang anak, sewaktu itu barulah terasa yang usia perkahwinan kami ni dah masuk 3 tahun.

Memang saya akui…….perit melalui kehidupan tanpa zuriat dengan cercaan dan sindiran orang. Satu tahap saya merasakan mereka semua seolah-olah terlupa bahawa segalanya adalah ketentuan Allah. Mereka seolah-olah berbangga kerana mereka ada anak. Sedangkan saya………???????? Saya sememangnya dah lama terasa hati dengan sindiran rakan sepejabat yang mengatakan suami saya ni mesti bermasalah dan tak power.

Siapa mereka untuk berkata begitu??????? Hanya saya dan Allah saja yang tahu kemampuan suami saya. Saya cukup terkilan kerana semua itu melibatkan maruah suami saya. Tapi…….mereka kata hanya bergurau. Adakah itu gurauan yang boleh diterima kalau ia melibatkan maruah suami saya.

Kadang-kadang mereka asyik mengata dan mengutuk rakan-rakan yang tak dikurniakan anak ni. Setiap kali ada berita antara mereka mengandung….mereka berbangga dan seolah-olah menunjuk-nunjuk dengan saya. Saya sabar………….walau dalam hati saya menangis.

Saya bersyukur kerana Allah kurniakan saya seorang suami yang baik, penyayang dan sentiasa berusaha untuk menjaga hati saya. Saya tahu suami saya seorang yang begitu sukakan kanak-kanak. Saya tersentuh setiap kali melihat dia begitu mesra dengan anak-anak saudara. Pernah satu tahap saya suarakan hasrat saya agar dia berkahwin lain kerana saya tak mampu melihat hidupnya sepi tanpa tangisan seorang anak.

Saya juga sedar suami saya mempunyai ramai peminat perempuan. Kemana saja dia pergi pasti ada insan yang ingin mendekati. Saya sedar semua tu….tapi…saya bukanlah seorang isteri yang suka mengawal suami dan cemburu buta. Tapi…….suami saya seolah-olah memahami apa yang saya pendamkan dan cuba menenangkan hati saya dan meyakinkan saya bahawa dia takkan sesekali menduakan saya dan dia akan pastikan saya adalah yang terakhir dalam hidupnya. Terharunya saya mendengar penjelasannya.

Sementara hidup berdua ini……kami banyak belajar untuk menyelami perasaan masing-masing. Kami juga dianggap belangkas oleh rakan-rakan lain kerana kemana saja pasti bersama. Peluang inilah juga kami ambil untuk buat segala aktiviti bersama.

Saya juga sentiasa berusaha untuk menjadi seorang isteri yang sempurna. Saya cuba belajar memasak, menjahit dan segala aktiviti yang boleh menghilangkan kesunyian dan kebosanan saya. Bagi saya itulah cara untuk saya melupakan kekurangan diri saya. Kini saya berusaha untuk meningkatkan amalan diri dan menjadi isteri yang solehah…

Saya dan suami dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Buat masa ni kami cuba perubatan tradisional dan baru-baru ni mencuba serbuk kurma dari mekah. Alhamdulillah……..ada juga sahabat-sahabat dan saudara mara yang mendoakan kami setiap kali mengerjakan umrah dan haji.

InsyaAllah…..setelah urusan pembelian rumah kami selesai barulah kami merujuk kepada pakar. Saya yakin dan sentiasa bersangka baik dengan Allah bahawa suatu hari nanti masa untuk kami bergelar ayah dan ibu akan tiba. Kami juga sedar bahawa segala ujian ini sebenarnya lebih merapatkan hubungan kami dan mendekatkan hubungan denganNYa.

Saya juga berniat untuk mengerjakan umrah seandainya ada rezeki untuk kami. Saya pasti……..hati kami lebih tenang.

Nasihat saya pada semua agar kita jangan sesekali berputus asa dengan rahmatNya. Ambillah peluang sementara hidup berdua untuk muhasabah diri masing-masing dan berusaha meningkatkan amalan serta memperbaiki segala kekurangan yang ada.

Hari ini saya sedar bahawa saya tak keseorangan melalui hidup senasib saya……
So……..pekakkan telinga apa yang orang lain nak kata. Sesungguhnya hidup kita tak semestinya berada di atas. Semoga Allah mengampukan dosa-dosa mereka-mereka yang selalu mengata dan menyindir.

Kisah Benar

Kisah wanita dan Rasulullah

Suatu hari ada wanita muslimah datang ke Pasar Bani Qainuqa’ untuk suatu keperluan yang ia perlukan. Ia menghampiri salah satu pedagang Yahu...