Jumaat, 17 Februari 2017

*PUNCA KETIDAK SUBURAN WANITA*

1 . Saluran Tiub Fallopio Tersumbat

Disebabkan jangkitan kuman yg menyebabkan tuib fallofio tersumbat atau kandungan luar rahim dan juga disebabkan endometriosis.
.
2 . Endometriosis

Terjadi apabila tisu dari selaput rahim (endometrium) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Terdapat tisu endoetrium yang melalui tuib fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid yang menyebabkan radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.

3 . Gangguan Telur

Hormon tidak seimbang menyebabkan gangguan dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbang hormone boleh berlaku disebabkan berat badan yang berlebihan atau kurang berat badan, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat dan juga boleh disebabkan oleh kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik.

4 . Masalah Rahim

– ketumbuhan pada rahim (fibroid) iaitu terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia bole membesar dan menyebabkan kesakitan semasa period.

5 . Hormon & Haid

  Ketidakseimbangan hormone adalah berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormone tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal.

Kedakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

6 . SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)

Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.

PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

Antara tanda-tanda PCOS ialah  kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).

Sila berjumpa pakar sakit puan untuk memastikan keadaan kesihatan anda dan masalahnya.

9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/­kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka
menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko,
kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan
orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya
melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari
kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak
memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar
berlaku keruntuhan rumah tangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri
manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat
kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang
menyembah api/matahari. Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ?

Kata orang-orang bijak pandai, jika :

1. Ingin bahagia. - Sembahyang awal waktu
2. Ingin sihat - Berpuasa
3. Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran
4. Ingin wajah berseri - Jaga sembahyang Tahjud
5. Ingin kaya - Sembahyang Dhuha
6. Dihimpit masalah - Beristighfarlah
7. Berdukacita. - Berdoalah
8. Mahukan keberkatan - Berselawatlah

Amalkan dan sebarkan....

Yang membaca, untung. Yang bercakap, pun  untung. Yang mendengar, pun  untung. dan Yang paling beruntung, orang yang mengamalkanya

Jumaat, 3 Februari 2017

Tips Pengurusan Kewangan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman.

1. Setiap kali berhutang, catatkan dan tunjuk pada pasangan supaya bila sudah meninggal, boleh dilunaskan. Kalau tak? Roh kita akan tergantung.

2. Duit KWSP yang diperolehi boleh dilaburkan. Contohnya beli rumah atau sambung belajar. Jangan sesekali bersetuju bekerja tanpa KWSP walaupun cuma syarikat kecil. Kalau tidak, ianya salah di sisi undang-undang.

3. Sentiasa catat belanja harian. Supaya kita nampak aliran keluar masuk penggunaan duit kita.

4. Simpanan emas dan hartanah perlu didahulukan dan diutamakan.
.
5. Cari Emas 999.9%. Jangan beli dari H**** J**** atau P** K*** kerana ia lebih mahal. Beli dari Rajhi Bank atau yg dipercayai ketulenannya dan lebih murah.

6. Kalau kita simpan duit cash, akan dimakan oleh inflasi.

7. Jangan jadikan emas sebagai harapan untuk dilaburkan. Sebab ramai dah tertipu. Tertipu dengan skim cepat kaya dan tertipu dengan harga spread.

8. Jangan simplistik. Kalau kita beli 1 kg gold bar, adakah orang yang akan beli 1 kg gold bar itu? Kena cari potential buyer awal-awal kalau nk beli 1 kg. Kalau beli gram sikit-sikit, lebih mudah cari potential buyer.

9. Fikirkan juga side income. Disposable income kena tambah. Yang tak haram, yang tidak mengganggu kerja utama. Jinakkan juga diri dengan menulis.
.
10. Jauhi skim cepat kaya. Kalau menjanjikan keuntungan lebih 8% setahun, itu sangat meragukan. Jangan jadi kaya pelahap.
.
11. Untuk yang berumur bawah 30 tahun, ambillah takaful perubatan. Bila ambil lepas umur 30, dah susah sikit sebab boleh jadi masa itu dah mula sakit macam-macam.
.
12. Aqidah kena yakin bahawa kekayaan itu kurniaan dari Allah. Jangan fikir bila bersihkan harta, kita jatuh miskin.
.
13. Dilema nak beli rumah. Nak sewa atau beli rumah kecil? Beli sahaja rumah kecil pun tak mengapa. Bila barga naik, boleh disewakan. Kumpul hartanah sikit-sikit.

14. Downpayment boleh dapat dari KWSP selepas 5 tahun atau pinjam dahulu dari mak ayah atau kurangkan perbelanjaan tidak perlu. Contohnya, tak perlu astro, 3G telefon tak perlu ambil dan beli Smart Tag kerana itu lebih jimat, sebab tak payah beratur panjang. Bila beratur panjang sebenarnya kereta lebih banyak guna minyak. Dan bawa kereta secara berhemah.

15. Lagi lambat beli rumah, lagi cepat harga naik setiap tahun. Sebolehnya beli sebelum umur mencecah 35 tahun.

16. Harga rumah paling bagus ialah 56 kali ganda dari monthly house income. Kalau tidak mampu, beli tanah dahulu, kemudian baru buat rumah. Belilah tanah yang dekat dengan jalan raya bukan pedalaman.

17. Bayaran bulanan rumah yang ideal ialah tidak melebihi 26% dari gaji kita.
.
18. Tinggalkan saki baki riba kerana dosanya sama dengan berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. 1 dirham riba dosanya sama dengan 30 kali berzina. Sama dengan berzina dengan ibu sendiri. Na'udzu billah.

19. Bila nak cari peluang untuk melabur? Kita ada pelaburan perbankan Islam, Takaful dan Investment link. Laburkan juga dalam unit trust bila ada lebihan duit selama 3 tahun.

20. Pelaburan saham ada high risk dan high return. Dan dia tidak begitu menjamin. Tetapi bagus untuk orang yang rajin membaca. Kalau malas membaca, dan update tentang saham, jangan berani dekati pelaburan
saham ini.

21. MLM untuk orang yang tak tahu malu. Dan susah sikit nak dapat keuntungan.

22. Forex trading HARAM sebab ia judi.

23.  Cara nak buat side income paling mudah bagi mahasiswa/i ialah dengan menjadi stokis barangan secara part time. Modal kecil, buat secara konsisten, boleh dapat untung yang banyak

*SYAFA'AT AL QUR'AN DI DALAM QUBUR*

*Merinding bacanya... Semoga kita termasuk di dalam golongan orang ini...aamiin !!!*

*Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur.*

*- Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam  bersabda: “Tiada penolong yg lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya).*

*Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang - orang sibuk dgn kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba -tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.*

*-Setelah dikuburkan dan orang - orang mulai meninggalkannya, datanglah 2 malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan tanya jawab.*

*Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimanapun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk bertanya kepadanya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”*

*Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata,”Aku adalah Al quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.*

*-Jangan khawatir setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesulitan.”*

*-Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan  permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la. (Himpunan Fadhilah Amal : 609)*

*Allahu Akbar, selalu saja ada getaran haru selepas membaca hadits ini. Getaran penuh pengharapan sekaligus kekhawatiran. Getaran harap karena tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus getaran takut, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.*

*Yaa Allah… terimalah bacaan Al-Quran kami. Sempurnakanlah kekurangannya.*

*Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhana wa Ta'ala Aamiin..*

*Oleh: Prof.DR. Ahmad  Sathori Ismail (Ketua PP IKADI).*

*"Sayang kalau dibaca sendiri... Ayo berbagi dan sebarkan*

Kisah Bangsa Melayu dan Cina

Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama...Pedoman buat Umat Islam dan bangsa Melayu....
Semoga berguna :

Kisah 1:

Seorang Cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran Si Melayu? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?

Jawapan Cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2:

Seorang Melayu pergi membeli di kedai Cina yang buruk , hanya untuk melihat anak gadis  tuan kedai yang cantik itu. Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan Cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3:

Pihak AJK Masjid mahu mengubahsuai masjid mereka , bajet hanya 20 ribu je . Dicari nya kontraktor Melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Baget hanya 20 ribu je ...ciput je katanya ..mana cukup . Pihak AJK masjid mencuba pula dengan kontraktor Cina . Terkejut AJK kerana kos ubah suai hanya 12 ribu je.

Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?

Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar ….

mari kita berubah dan mengubah...

Ini bukan politik. .. ini isu bangsa ku, penganut agama
ku.

Ambo amat terkesan dengan cerita yang menyayat hati ini.  Tapi inilah bangsaku yang beragama islam.

*Perbanyaklah Membaca Zikir *


*سُبحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ*

 “Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim” ...

_Ertinya “Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.”_

Zikir dengan menggunakan lafal “Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim” merupakan salah satu kalimat yang banyak dianjurkan di dalam hadits-hadits Nabi saw, antara lain sebagai berikut:

1) Rasulullah Saw bersabda : “Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, yaitu kalimat subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung).” (HR Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072);

2) Rasulullah Saw bersabda : “Sesungguhnya sebaik-baik ucapan kepada Allah SWT adalah kalimat subhanallah wa bihamdihi.” (HR Muslim dan Tirmidzi).

3) Diriwayatkan dari Abi Dzar. Rasulullah pernah ditanya, “Perkataan apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Yang dipilih oleh Allah bagi para malaikat dan hamba-hamba-Nya, yaitu subhanallah wabihamdihi (Mahasuci Allah dengan segala puji bagi-Nya).” (HR Muslim).

4) Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa mengucapkan subhanallah wabihamdihi seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut.” (HR Muslim dan Tirmidzi)

Kisah wanita dan Rasulullah

Suatu hari ada wanita muslimah datang ke Pasar Bani Qainuqa’ untuk suatu keperluan yang ia perlukan. Ia menghampiri salah satu pedagang Yahu...