Khamis, 22 November 2012

CONTOHI KEMESRAAN RASULULLAH SAW KEPADA SAIDITINA AISYAH RA



CONTOHI KEMESRAAN RASULULLAH SAW KEPADA SAIDITINA AISYAH RA DAN ISTERI BAGINDA...KERANA SUAMI ISTERI ADALAH SAHABAT SEHIDUP SEMATI...

Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah SAW telah menc
ontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.

1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah SAW. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “kerana saya haid, wahai Rasulullah.” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” (Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)

2. Memberi wangi-wangian pada aurat

Aisyah berkata, “sesungguhnya Rasulullah SAW apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

3. Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah SAW pada hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan jumrah aqabah.” (Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir)

4. Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

5. Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah SAW, ketika itu saya sedang haid.” (Hadis Riwayat Ahmad)

6. Minum bergantian pada tempat yang sama
Daripada Aisyah r.a., dia berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Rasulullah SAW mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

7. Membelai isteri
“Adalah Rasulullah SAW tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya. ” (Hadis Riwayat Ahmad)

8. Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a., “Rasulullah SAW biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Abdurrazaq)

9. Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah SAW biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy dan Umairah (pipi merah delima).

10 Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Rasulullah SAW biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. ” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

11. Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah SAW di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.” (Hadis Riwayat Nasai)

12. Memberikan hadiah

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, “Ketika Rasulullah SAW. menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

13. Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah SAW kepada para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu dicontohi.

KERANA SUAMI ISTERI ADALAH SAHABAT SEHIDUP SEMATI...

Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan akulah orang yang terbaik di antara kalian terhadap keluargaku.” - Hadis Riwayat Muslim
SUMBER;  https://www.facebook.com/rahsiaperkahwinan

13 Perkara Yang Wanita Solehah Perlu Jaga


13 Perkara Yang Wanita Solehah Perlu Jaga

1. Bulu kening.
Menurut Bukhari, Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi

Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng.

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.


3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal, kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada.
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi.
Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah s.w.t. – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher.
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan.

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah s.a.w. dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah s.a.w:

“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja,” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan.
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata.

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad s.a.w;

“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara).
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda Rasulullah s.a.w;

“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah SWT. akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah SWT. – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian.

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah s.w.t. akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut.

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja mem

bersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah

jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan

kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh..


Petua Untuk Mudah Bangun Subuh...

• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.


• Ambil wuduk sebelum tidur.


• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.


• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.


• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”


• Maafkan semua orang sebelum tidur.


• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur


• Elak diri dari
.melakukan maksiat sebelum tidur.


• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.

~SUMBER; Ustaz Don Daniyal

Siapa suamimu di syurga nanti?


Siapa suamimu di syurga nanti?

Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak pasti bermain di fikiran semua wanita beriman bukan? Pasti mereka ingin mengetahui siapakah suami mereka di sana.



Ia akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah s.a.w, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah s.w.t. Wallahua’lam.

Kes 1: Wanita yang meninggal...dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.

Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.

Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.

Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani).

PERSEDIAAN PERKAHWINAN YANG WAJIB DIKETAHUI


PERSEDIAAN PERKAHWINAN YANG WAJIB DIKETAHUI
~ Dipetik dari Suami Isteri Bahagia

1. Memilih jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masing-masing seperti yang diterangkan sebelum ini.

2. Memilih bakal isteri
Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah diberikan oleh Nabi S.A.W. iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta dan kecantikan.

3. Memilih bakal suami
Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W. menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-Beragama
-Berakhlak mulia
-Beradab
-Mempunyai harta dan keturunan mulia

Diantara tujuan pemilihan calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih dan menentukan pasangan suka dan duka kelak. Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada perancangan kehidupan berkeluarga.

4. Meminang
Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan.

5. Mas kahwin

Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan.

Mas kahwin dibahagikan kepada dua jenis:

1. Mas kahwin yang ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar musamma. Mahar musamma dibahagikan kepada 2 jenis:

-Mahar musamma al-Mua'jjal

Mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dan segera.

-Mahar musamma al-muajjal

Mas kahwin yang disebut semasa akad, tetapi dibayar secara tangguh dan hutang.


2. Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad dan dinamakan mahar mithil. Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar penilaian ahli keluarga dan sandara perempuan isteri...

6. Hantaran
Hantaran mengikut adat orang melayu ialah barang yang terdiri daripada mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Hantaran dibawa pada hari berlangsungnya perkahwinan dan akad nikah sama ada bagi pihak pengantin lelaki kepada perempuan dan pengantin perempuan kepada lelaki dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11. Membawa hantaran adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta suci dan tidak ditegah oleh syara'.

7. Kenduri kahwin
Kenduri ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Mengadakan majlis kenduri sunat muakkad hukumnya, iaitu sunat yang sangat dituntut supaya dilaksanakan walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Apa yang penting majlis kenduri bukanlah satu cara untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan tidak mencampurkan unsur-unsur maksiat dalam majlis yang berkat itu.

Itulah antara persediaan yang perlu ditempuhi oleh pengantin lelaki dan wanita untuk menempuhi dan melangsungkan perkahwinan. Apa yang penting, Islam tidak pernah menyusahkan seseorang dalam satu perkara. Jika tidak mampu untuk berbelanja besar, cukuplah dengan sekadar apa yang ada dan bersederhana dalam perbelanjaan.

(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

Antara tip untuk hadapi peperiksaan


Antara tip untuk hadapi peperiksaan 
1. Malam ni lepas solat isya, solat taubat, istighfar, solat hajat & istikharah untuk mudah jawab soalan,

2.Doakan ibubapa agar pintu rezki terbuka, 

3. Doakan guru & kawan-kawan agar ilmu jadi berkat & Malaikat doakan kita berjaya dalam SPM, 

4.Tidur awal & baring mengiring ke kanan. Pagar diri sebelum tidur dengan fatehah, 3 Qul, ayat qursi
. Hembus tapak tangan & sapu seluruh badan, 
5 Bangun pagi terus senyum, baca doa-doa agar cemerlang. 
6.Sebelum solat subuh, solat hajat, 
7. Pastikan sarapan agar ada tenaga, 
8.Pakai perfume (berpada untuk wanita) & deodorant untuk rangsang otak, 
9.Elak bincang di luar Dewan, takut jadi lebih panik, 
10.Doa beramai-ramai, 
11.Masuk Dewan dengan Bismilah, senyum, beri salam & masuk kaki kanan dulu, 
12.Baca doa penerang hati termasuk Al Insyirah, 
13. Bila bingung, istighfar & selawat banyak-banyak untuk dapat ilham Allah, 
14.Habis jawab, lakukan doa kesyukuran, 
15.Elak bincang dengan kawan lepas exam. 
Terus bersedia untuk subjek esok pula. Moga Allah luluskan kalian dengan cemerlang.
Aamiin, wassalam.

7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya...



7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya... :)
1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:

jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.


4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:

bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:

jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...

*Sabda Rasulullah s.a.w :

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...

JOM SHARE & Amalkannya... :)
SUMBER; Ustaz Don Daniyal

KITA MASIH BERBOHONG KEPADA DIRI SENDIRI


Halangan terbesar kepada HIJRAH DIRI ialah: 
KITA MASIH BERBOHONG KEPADA DIRI SENDIRI. 

Contoh bohong yang nyata:

1.Kata yakin Allah Maha Pemberi, tapi kita kurang berdoa untuk minta bantuan,

2.Kata nak hijrah diri tapi tak mengaku kelemahan/kesilapan diri, 

3.Kata Allah cipta kita dengan sempurna tapi tak yakin untuk berjaya, 

4. Kata nak cuba sungguh-sungguh tapi tak, 

5. Kata nak istiqamah tapi hangat-hangat tahi ayam,

6.Kata yakin kepada qada' & qadar, tapi kecewa bila gagal,

7.Kata orang Islam bersaudara, tapi masih benci, dengki, dendam & tak bantupun,

8. Kata sayang kepada pasangan, tapi tak pamer,

9.Kata nak jadi pemimpin, tapi tak pimpin keluarga untuk masuk syurga,

10. Kata bertawakkal kepada Allah, tapi masih berharap kepada manusia.

Moga Allah bantu kita. Wassalam

SUMBER;  Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... 

 ♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

 ♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

 ♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. 

 ♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

 ♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..

Khamis, 28 Jun 2012

Sebab Apa Awak Kahwin?



♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.


♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.


♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.


♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.


♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.


♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Tanda - Tanda Suami Curang :-


*Berubah sikap menjadi panas baran >>>

Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.
*Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk >>>
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.

*Bercakap secara sembunyi >>>

Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.

*Mengubah gaya penampilan >>>

Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.

*Melakukannya seperti orang suruhan >>>

Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

*Sukar beri layanan seks >>>

Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.

*Tidak menyediakan keperluan >>>

Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang a
nda.

Jumaat, 22 Jun 2012

20 PERKARA 'JANGAN'


1. Jangan sengaja lewatkan solat.

2. Jangan masuk tandas tanpa
memakai alas selipar.

3. Jangan makan dan minum
dalam bekas yang pecah atau
sumbing.

4. Jangan biarkan pinggan
mangkuk yang telah digunakan
tidak berbasuh.

5. Jangan tidur selepas solat
Subuh.

6. Jangan makan tanpa membaca
BISMILLAH dan doa makan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat
untuk membuat kebaikan.

8. Jangan pakai sepatu yang
berlainan pasangan atau pun
memakai sebelah sahaja.

9. Jangan biarkan mata liar di
perjalanan.

10. Jangan bergaul bebas di
tempat kerja.

11. Jangan menangguh taubat
bila berbuat dosa.

12. Jangan ego untuk meminta
maaf kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama
rakan taulan.

14. Jangan lupa bergantung
kepada ALLAH dalam setiap kerja.

15. Jangan bakhil untuk
bersedekah.

16. Jangan banyak ketawa.

17. Jangan biasakan berbohong.

18. Jangan suka menganiaya
manusia atau haiwan.

19. Jangan terlalu susah hati
dengan urusan dunia.

20. Jangan mempertikaikan
kenapa ISLAM itu berkata
JANGAN.

Khamis, 21 Jun 2012

18 Cara Dan Rawatan Hati

Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.

2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.

4. Khusyuk dalam solat.

5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.

6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.

7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

8. Beriktikad dengan akidah yang betul.

9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.

10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.

13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.

15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.

17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Ahad, 17 Jun 2012

AJAIBNYA TANGAN IBU...


Tika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan
dengan penuh kasih sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang
ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan...

Kehidupan Kita Secara Bergilir-gilir.

"Kebahagiaan dan kesedihan akan muncul dalam kehidupan kita secara bergilir-gilir"
Hari ini kita bahagia,
mungkin Esok kita akan bersedih.
Hari ini kita ketawa,
mungkin Esok kita akan menangis
Hari ini kita seronok,
mungkin Esok kita akan kecewa
Tiada siapa dapat menjangka apa yang akan berlaku
dalam kehidupan kita.
Kita hanya mampu merancang,
Allah yang menentukan segalanya..

 Bersabarlah, bersabarlah…

Allah bersama orang-orang yang sabar…
Sabar bukan bererti tinggal diam tanpa usaha..
Sabar adalah tabah ketika apa yang di dinginkan belum kita dapat..
Sabar adalah tabah ketika cubaan datang menghadirkan kesedihan..
Sabar adalah tetap teguh dalam ketaqwaan, meskipun hadir berjuta godaan…
Sabar adalah pasrah pada kehendak-Nya, dengan tetap berikhtiar sesuai petunjuk-Nya…

"Terkadang bila kita berdoa untuk kuat, tapi
banyak pula dugaan yang datang..
Terkadang bila kita minta cerdik, tapi masalah pula yang bertandang.
Terkadang bila kita minta kebahagiaan, tetapi huru-hara pula menjelang.."
Dugaan menjadikan mental kita kuat..
Masalah menjadikan kita berfikir.
Huru-hara menjadikan kita tabah..
Subhanallah! Betapa hebatnya ALLAH SWT!
Semua aturan-Nya ada hikmah yang tersembunyi..

DUIT BOLEH BELI...?

Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..

Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..

Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..

Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN.

Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..

Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..

Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..

Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..

Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..

Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..

Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..

Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN,
tapi tidak boleh beli IMAN……

▶Renung-renungkan∩__∩◀

Jodoh Adalah Rahsia ALLAH S.W.T

JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang..cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah..

Sebab apa?

Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan buatku, buat hidupku..tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri..buat apa terlalu memikirkan sangat.....kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak..BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup... ✿

~ Belum dikatakan dia JODOH kita selagi ‘AKAD’ tidak TERTUNAI ..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi...;)


 ❤ JAWAPAN UNTUK SOALAN CEPU CEMAS ❤

» » BILA NAK KAWIN? « «
••► Hanya Allah S.w.t tahu masa yang
terbaik untuk saya kawin .

... » » DAH BERPUNYA? « «
••► Ya , Kerana setiap orang telah ditetapkan
jodoh masing-masing .

» » DENGAN SIAPA? « «
••► Nanti Allah S.w.t akan perkenalkan kepada saya .

» » BILA? « «
••► Bila kami dah dipertemukan .
InsyaAllah jemput la datang ke walimatul urus saya nanti .

→ Janganlah selalu bertanya bila orang tu nak kahwin kerana semua rahsia itu terletak
di TANGAN ALLAH SWT . Sampai masa Allah S.w.t akan membongkarkannya . InsyaAllah.

Lelaki Baik

(1) Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk membantu anda dalam keadaaan apa sekalipun, walaupun sebenarnya mereka tidak mampu untuk membantu anda.

(2) Mereka tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan pandangan mereka mengenai diri anda. Segala kebaikan atau keburukan akan dibincangkan.


(3) Mereka akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi itu anda ber
dua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham.

(4) Seorang lelaki yang baik tahu bagaimana untuk melakarkan senyuman pada wajah anda apabila berada dalam keadaan sedih, risau dan sebagainya.

(5) Mereka tidak sombong dan juga merendah diri. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda.

Khamis, 31 Mei 2012

4 UNSUR





(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)

Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.




** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah
 

Jumaat, 25 Mei 2012

15 Anugerah ALLAH Pada Wanita

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?

” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah Dan tidak Ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah Dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit Dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat Dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di Hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka Dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka Dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat Dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di Mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya IA menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya IA mentaati perintah tersebut Dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau Dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

♥ MUTIARA KATA IMAM AL-GHAZALI RHM.A ♥


Yang Singkat Itu "WAKTU".


Yang Menipu Itu "DUNIA".

Yang Dekat Itu "KEMATIAN".

Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".

Yang Berat Itu "AMANAH"

Yang Sulit Itu "IKHLAS".

Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".

Yang Susah Itu "SABAR".

Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".

Yang Membakar Amal Itu "MENGUMPAT [GHIBAH]".

Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".

Yang Berharga Itu "IMAN".

Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".

Yang Ditunggu Allah Swt. ♥ Itu "TAUBAT"

Khamis, 24 Mei 2012

Ciri Suami Terbaik, Mengikut Ustaz Azhar Idrus...



1. Solat fardhu cukup 5 waktu... .


2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.


3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantik. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.


4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.


5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”


6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.


7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwa gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.


8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.


9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”


10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.


11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.


12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.


13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.


14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.


15. Jenis senyum sokmo.


16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Rabu, 23 Mei 2012

21 Perkara Antara Punca Perceraian

Akhir-akhir ini rumahtangga jadi terlalu rapuh. Antara punca perceraian ialah:
1.Ingkar perintah Allah
2.Tiada restu ibubapa
3.Ego yang tinggi
4.Enggan buang sifat -ve
5.Masalah komunikasi
6 Masalah seksual
7.Campur tangan Ibubapa yang tak bertempat
8.Gangguan orang ke 3
9.Stres
10.Tak seimbang antara kerjaya dan rumah tangga
11. Masalah kewangan
12.Enggan berubah walau di tegur pasangan
13.Kurang penghargaan dan belaian
14.Tak hormat pasangan atau mertua
15.Dendam
16.Jahat dan ambil kesempatan
17.Gangguan sihir
18.Jahil tanggungjawab
19.Tak kenal pasangan dan berterusan melukakan hatinya
20. Enggan mohon bantuan/nasihat
21.Ungkit pemberian.
 Renungkanlah dan atasi satu persatu. Wassalam
 Sumber; Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah

Ahad, 20 Mei 2012

Bacalah surah Yasin

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:



-Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

-Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


-Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


-Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

-Jika terpenjara akan dibebaskan.


-Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.


-Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.


-Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.


-Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.


-Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

-Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”


-Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”


-Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


-Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Khamis, 17 Mei 2012





Kerana... DALAM HATI ADA CINTA & CINTA ITU ADALAH FITRAH KURNIAAN ALLAH..


Bila hati ada cinta, kita tak sanggup dilukai..sebab teramat mencintai..

Bila hati ada cinta, kita tak tahan bila disakiti..sebab teramat mencintai..

Bila hati ada cinta, kita tak dapat menerima kekecewaan...sebab teramat mencintai..

Bila hati ada cinta, kita harapkan bahagia tapi bila derita yang mendampingi,sudah pasti hilang ketenangan diri..sebab teramat mencintai..

Bila hati ada cinta, kita impikan damai berpanjangan tapi bila tak kesampaian, nafas bisa tersekat.

Itulah lumrah manusia yang hatinya penuh cinta.
Jesteru untuk bahagia selama-selamanya, bahagia hingga ke syurga Allah,
SANDAR & PAUTKAN SEGALA RASA CINTA INI KEPADA ALLAH SWT KERANA CINTA DAN KASIH SAYANG ADALAH SALAH SATU SIFAT ALLAH YANG MAHA PENGASIH & MAHA PENYAYANG yang selalu kita baca dalam al-qur'an iaitu BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM

. ..mulakanlah cinta & kasih sayang dengan kalimah mulia ini..nescaya cinta akan membawa kebahagiaan.Salam Sayang dari ustazah.

Sumber; Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Rabu, 16 Mei 2012

Untuk Dapat keberkatan ilmu







1. Doakan, maafkan dan sayangi semua guru, 


2.Hayati dan amalkan ilmu, 


3. Sampaikan ilmu, 


4. Azam dan usha untuk jadi lebih baik daripada guru dalam aspek-aspek tertentu, 


5. Pesan kepada anak-anak  dan orang lain untuk sentiasa hormat dan doakan guru, 


6. Hubungi atau ziarah guru, 


7. Hebahkan kebaikan guru, 


8.Sentiasa cari guru baru untuk tambah ilmu, 


9.Perbaiki dan update ilmu yang guru ajar, 


10.Sentiasa ada guru/ mentor untuk dapat nasihat dan bimbingan, 


11. Jangan sampai melawan atau kurang ajar kepada guru. 


Semoga Allah rahmati kita dan semua guru. SELAMAT HARI GURU. Wassalam.


Sumber; Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Kisah wanita dan Rasulullah

Suatu hari ada wanita muslimah datang ke Pasar Bani Qainuqa’ untuk suatu keperluan yang ia perlukan. Ia menghampiri salah satu pedagang Yahu...