Rabu, 23 Februari 2011

Mencegah Keputihan

Keputihan pada Wanita
Masalah keputihan adalah masalah yang sejak lama menjadi persoalan bagi kaum wanita. Tidak banyak wanita yang tahu apa itu keputihan dan terkadang menganggap enteng persoalan keputihan ini. Padahal keputihan tidak bisa dianggap enteng, karena akibat dari keputihan ini bisa sangat fatal bila lambat ditangani.

Keputihan atau Fluor Albus merupakan suatu kondisi dimana cairan yang berlebihan keluar dari vagina. Keputihan dapat dibagi menjadi 2 bagian yaitu keputihan normal (fisiologis) dan keputihan abnormal (patologis). Keputihan yang bukan merupakan penyakit (fisiologis) bisa saja terjadi pada setiap cewek.

Biasanya cairan yang keluar bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Cairan keputihan ini jumlahnya bisa sedikit atau cukup banyak, terjadi sebelum dan sesudah menstruasi, pada saat terangsang secara seksual atau ketika sedang stress. Terkadang juga kita yang remaja mengalami keputihan sesaat sebelum masa pubertas, biasanya gejala ini akan hilang dengan sendirinya.

Namun jika cairan yang keluar dari vagina sudah tidak bening, berwarna putih kekuningan, keabuan sampai kehijauan, kental, berbau seperti telur busuk atau anyir, gatal dan jumlahnya lebih banyak, besar kemungkinan keputihan tersebut sudah tidak normal.

Beberapa penyebab keputihan yang tidak normal disebabkan oleh jangkitan biasanya disertai dengan rasa gatal di dalam vagina dan di sekitar bibir vagina bagian luar. Yang sering menimbulkan keputihan ini antara lain bakteri, virus, kulat atau juga parasit. Jika tidak segera ditangani jangkitan ini dapat menjalar dan menimbulkan peradangan ke saluran kencing, sehingga menimbulkan rasa pedih saat si penderita buang air kecil.

Penyebab Keputihan Abnormal

Kebersihan organ intim harus terjaga dengan baik. Apabila tidak terawat dengan baik tentunya akan menimbulkan masalah yang seringkali ditandai dengan keluarnya keputihan.

keputihan 2 256x300 Penyebab Keputihan Abnormal Keputihan abnormal tentu amat mengganggu kehidupan seksual wanita.

Pada dasarnya keputihan adalah keluarnya cairan yang berlebihan dari vagina. Kadang-kadang disertai oleh rasa gatal, terbakar di bibir vagina, atau kerap juga disertai bau busuk dan rasa nyeri waktu berkemih atau senggama. Dalam keadaan tidak normal cairan tersebut dapat berubah menjadi kental, berwarna putih, kekuningan, keabuan sampai kehijauan.

Baunya juga berbeza-beza, terdapat tanpa bau atau berbau seperti telur busuk atau anyir seperti ikan mentah.

Perubahan dalam keseimbangan bakteri dalam vagina bisa mempengaruhi warna, bau dan juga tekstur dari keputihan. Berikut ini ada beberapa kondisi yang bisa menyebabkan perubahan keseimbangan bakteri maupun kadar (pH) pada vagina:
  1. Penggunaan antibiotik maupun streoid cukup lama sehingga menyebabkan bakteri “baik” penjaga pH vagina mati dan kulat tumbuh subur.
  2. Vaginosis bakterial, merupakan jangkitan bakteri yang sering terjadi pada wanita hamil ataupun pada wanita yang memiliki banyak pasangan seksual.
  3. Pemakaian pil KB karena keseimbangan hormon terpengaruh dan terjadi ketidakseimbangan pH.
  4. Kanser serviks.
  5. Klamidia, gonorea, yang merupakan jangkitan menular pada seksual.
  6. Diabetes tidak terkontrol sehingga kadar gula yang tinggi menyebabkan adanya gula dalam urin dan darah dan mengakibatkan bakteri tumbuh subur.
  7. Penggunaan sabun pencuci vagina karena mengganggu keseimbangan pH vagina.
  8. Jangkitan panggul setelah operasi.
  9. Penyakit radang panggul.
  10. Trikomoniasis, jangkitan parasit yang biasanya berlaku hubungan seks yang tidak selamat.
  11. Atrofi vagina, penipisan dan kekeringan dinding vagina karena menopause.
  12. Vaginitis, merupakan kondisi peradangan dan iritasi sekitar vagina.
  13. Jangkitan kulat
Organ intim wanita, seperti ms v sangat sensitif dengan kondisi lingkungan. Karena letaknya tersembunyi dan tertutup, vgina memerlukan suasana kering. Kondisi lembab akan mengundang berkembanbiaknya kulat dan bakteri pathogen. Inilah salah satu penyebab keputihan.

Bila ingin terhindar dari keputihan, Anda mesti menjaga kebersihan daerah sensitif itu. Kebersihan organ kewanitaan hendaknya sejak bangun tidur dan mandi pagi. Bagaimana caranya?

Berikut 8 Tip yang dapat dilakukan:

1. Bersihkan organ intim dengan pembersih yang tidak mengganggu kestabilan pH di sekitar vgina. Salah satunya produk pembersih yang buatan dari bahan dasar susu. Produk seperti ini mampu menjaga seimbangan pH sekaligus meningkatkan pertumbuhan flora normal dan menekan pertumbuhan bakteri yang tak bersahabat. Sabun antiseptik biasa umumnya bersifat keras dan dapat flora normal di vgina. Ini tidak menguntungkan bagi kesihatan vgina dalam jangka panjang.

2. Hindari pemakaian bedak pada organ kewanitaan dengan tujuan agar vgina harum dan kering sepanjang hari. Bedak memiliki partikel-partikel halus yang mudah terselip disana-sini dan akhirnya mengundang jamur dan bakteri bersarang di tempat itu.

3. Selalu keringkan bagian ms v sebelum berpakaian.

4. Gunakan celana dalam yang kering. Seandainya basah atau lembab, usahakan cepat mengganti dengan yang bersih dan belum dipakai. Tak ada salahnya Anda membawa cadangan celana dalam tas kecil untuk berjaga-jaga manakala perlu menggantinya.

5. Gunakan celana dalam yang bahannya menyerap keringat. Celana dari bahan satin atau bahan sintetik lain membuat suasana disekitar organ intim panas dan lembab.

6. Pakaian luar juga perlu diperhatikan. Celana jeans tidak dianjurkan karena pori-porinya sangat rapat. Pilihlah seperti rok atau celana bahan non-jeans agar sirkulasi udara di sekitar organ intim bergerak leluasa.

7. Ketika haid, sering-seringlah berganti pembalut

8. Gunakan panty liner disaat perlu saja..Jangan guna terlalu lama.

Keputihan sebaiknya diubati sejak mula, begitu timbul gejala. Karena keputihan kalau sudah kronis dan berlangsung lama akan lebih susah diubati. Selain itu kalau keputihan yang dibiarkan bisa merembet ke rongga rahim kemudian kesaluran indung telur dan sampai ke indung telur dan akhirnya ke dalam rongga panggul. Tidak jarang wanita yang menderita keputihan yang kronis (bertahun-tahun) bisa menjadi mandul bahkan bisa mengakibatkan kematian.

Cross green.png
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.

Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.


Rabun mata

Mata manusia mempunyai fungsi seperti kamera bagi melihat dengan jelas. Objek yang sedang dilihat akan difokuskan keatas retina. Keadaan ini dapat dicapai dengan kuasa menumpu yang ada pada kornea dan kanta.

Sebaliknya bila imej tidak difokuskan dengan tepat ke atas retina, penyakit mata iaitu rabun mata akan terjadi. Ini akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan masalah atau penyakit mata ini boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta sentuh.

Rabun mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis:

* Myopia (rabun jauh)


  • Imej difokuskan di hadapan retina
  • Imej yang terbentuk mempunyai lebih daripada satu titik fokus
  • Simpton penyakit mata ini. Penglihatan jauh menjadi tidak jelas, sebaliknya penglihatan dekat sangat jelas

* Hyperopia (rabun dekat)

  • Imej difokuskan di belakang retina
  • Penglihatan jauh menjadi lebih baik dari penglihatan dekat.
  • Simpton penyakit mata ini. Mata mudah penat jika tidak dibetulkan.


* Astigmatism


  • Kabur hampir dikesemua jarak dan imej menjadi senget atau tidak sempurna

Komplikasi

Rabun mata pada orang dewasa, jika tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan tidak selesa pada mata, mata penat dan kadangkala mungkin sakit kepala.

Rabun mata di kalangan kanak-kanak memerlukan perhatian yang khusus dan penjagaan mata yang betul. Ini kerana rabun yang tidak dirawat dengan sempurna boleh menyebabkan berlakunya ambliopia (mata malas).

Rawatan

Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan untuk rabun mata miopia, hiperopia dan astigmatisma. Rawatan rabun mata secara bukan pembedahan termasuklah cermin mata dan kanta sentuh. Rawatan rabun mata secara pembedahan pula termasuklah kaedah menggunakan laser dan kaedah pembuangan kanta mata jernih. Walaupun beberapa kaedah pembedahan wujud dalam membetulkan rabun mata pada masa ini, bagaimanapun tak semua individu merupakan calon yang sesuai untuk kaedah-kaedah tersebut. Pesakit rabun mata perlu diperiksa dengan cara terperinci terlebih dahulu oleh doktor sebelum apa-apa keputusan dibuat untuk menentukan kesesuaiannya.

Pencegahan

Bagi kanak-kanak adalah disyorkan mengurangkan aktiviti, seperti membaca dengan terlalu lama, menonton televisyen dalam jarak yang dekat atau menghadap skrin komputer dalam jangka masa lama, bagi mengurangkan risiko berlakunya rabun mata myopia (rabun jauh).
Masalah-masalah lain yang berkaitan

Rabun mata Presbiopia (rabun tua) adalah biasanya terjadi kepada mereka yang berumur 40 tahun dan keatas. Ini berlaku disebabkan oleh keadaan perubahan pada kanta mata apabila umur seseorang meningkat. Keupayaan kanta bagi memfokus untuk melihat objek dekat adalah semakin berkurangan.

Rabun mata Presbiopia boleh terjadi pada semua orang, dan pada akhirnya mereka perlu untuk memakai cermin mata membaca atau bifokal. Rabun mata Presbiopia tidak boleh dirawat dengan kaedah laser.

Ubat mata yang sesuai juga boleh diambil untuk mengatasi masalah rabun mata

Masalah rabun mata yang utama terbahagi kepada rabun jauh dan dekat. Rabun dekat selalunya terjadi apabila manusia mencecah usia 40 tahun iaitu suatu fenomena penuaan. Di kala ini mereka juga mempunyai tahap adaptasi cahaya yang rendah iaitu sinaran cahaya terang dalam keadaan gelap akan membuatkan seorang itu seolah-olah buta seketika.

Untuk mengatasi masalah rabun, digalakkan anda mendapat pemeriksaan doktor mata dengan terperinci untuk menentukan sebab-sebab rabun.

Masalah darah tinggi dan kencing manis juga dapat menyumbangkan ke arah rabun bagi penghidap yang tiada mempunyai kawalan yang bagus terhadap penyakit mereka. Masalah retinopathy ini jika dibiarkan boleh menyebabkan buta. Ianya dirawat secara rawatan laser.

Cross green.png
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.

Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.

Kisah wanita dan Rasulullah

Suatu hari ada wanita muslimah datang ke Pasar Bani Qainuqa’ untuk suatu keperluan yang ia perlukan. Ia menghampiri salah satu pedagang Yahu...