Rabu, 15 Disember 2010

Kebaikan dan Fadhilat Beristighfar Setiap Hari.

Istighfar sering diertikan dengan permohonan ampun kepada Allah s.w.t. atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah s.w.t.

Jika dilihat pada pengertian istighfar, maka tiada perbezaan antara istighfar dan taubat. Dari satu sudut, istighfar dan taubat mempunyai maksud yang sama iaitu kembali kepada Allah s.w.t. Keduanya mempunyai persamaan dalam permohonan untuk menghapuskan segala noda dan dosa yang telah dilakukan.

Hakikat istighfar dalam Islam adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah s.w.t. sambil memohon ampun dari segala dosa.

Allah s.a.w. memerintahkan hamba-hambaNya supaya beristighfar sebagaimana firmanNya yang bermaksud
"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi" (Surah an-Nisaa ayat 106)


Firman Allah s.w.t maksudnya
"Dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan)." (Surah Muhammad ayat 19)

Walaupun istighfar adalah sunat, namun perintah Allah s.w.t. pada ayat-ayat di atas menunjukkan adanya penegasan bahawa istighfar merupakan satu tuntutan agama yang tidak boleh dilupakan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan sebagai orang Mukmin untuk sentiasa beristighfar bukan saja sebagai tuntutan yang perlu dipenuhi malahan untuk merebut fadhilat istighfar sebagaimana yang disebut dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud
"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).

Terdapat banyak kebaikan dan fadhilat beristighfar. Perkara-perkata tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Di hapuskan dosa-dosanya dan terselamat daripada azab Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud
:“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”
(Surah Al-Anfal ayat 33)

Nabi s.a.w bersabda maksudnya :
"Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan"
(Hadis Riwayat Al Hakim)

Kedua : Mendapat balasan Syurga.

Firman Allah s.w.t. maksudnya
“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka pula kekal di dalamnya, dan demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.”( Surah al-Imran ayat 135-136)

Menurut Qatadah rahimahullah: “Al-Qur’an menunjukkan kepada kamu tentang penyakit bagi kamu dan penyembuh (ubat) bagi kamu. Adapun penyakit bagi kamu adalah dosa dan penyembuh (ubat) bagi kamu adalah istighfar”.

Berkata Sayyidina Ali k.w.: “Satu keajaiban pada siapa yang binasa (kerana dosa), namun bersamanya penyelamat”. Ditanyakan kepadanya: “Apa dia (penyelamat itu)?” Beliau menjawab: “Istighfar”.

Ketiga : Terselamat daripada melakukan perbuatan keji .

"Tidaklah (dianggap) melanjutkan (perbuatan keji) orang yang memohon ampun, meskipun dalam sehari ia ulangi sebanyak 70 kali"(Hadis Riwayat Abu Ya’la Al-Maushuli, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Bazzaar dalam Musnadnya, Ibnu Katsiir mengatakan, ia hadis hasan; Tafsiy Ibnu Katsir, 1/408).

Keempat : Di jauhi daripada sifat gelisah (ham) dan berdukacita (hazan).

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”

Kelima : Tidak akan mendapat penyakit lupa (nyanyuk).

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”

Keenam : Di bebaskan daripada kedukaan , menghilangkan kesempitan hidup dan mendapat rezeki dijalan yang tidak diduga-duga.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud
"Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga"(Hadis Riwayat Abu Dawud).

Sahabat yang dikasihi,
Basahkanlah lidah kita dengan istighfar setiap hari lebih daripada 100 kali kerana Nabi s.a.w yang bersifat maksum dan tidak berdosa pun beristighfar 100 kali sehari, maka kita yang penuh dengan noda dan dosa perlu beristighfar lebih banyak lagi oleh itu lakukanlah sebanyak-banyak yang boleh.

Lidah yang sentiasa beristighfar akan di benci oleh syaitan dan syaitan tidak akan hadir bersama kita.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
"Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?"Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat (beristighfar) dan banyak membaca al-Qur'an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku".

Kalimah istighfar yang perlu kita baca adalah :


أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ اَلَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُوْمُ وَ أَتُوْبُ إِلَيْه '
Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi'


Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat dan keampunan Allah s.w.t. dan mendapat balasan Syurga yang disediakan-Nya untuk orang-orang Mukmin

Isnin, 13 Disember 2010

Kelebihan Buah PISANG dalam Menyurangkan masalah penyakit


Pokok Pisang merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tempatan yang sedap dan lazat. Pisang mudah ditanam dan mempunyai banyak kegunaan. Pada masa kini, pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.



Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Kurangkan rasa mual
Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.


Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal,
pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin,
2 kali karbohidrat,
3 kali fosforus,
5 kali vitamin A dan zat besi, dan
2 kali vitamin dan mineral lain.
Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

AWAS : Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Isnin, 29 November 2010

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah
  • sakit kepala
  • sakit-sakit badan
  • sistem jantung
  • artritis
  • degupan jantung yang pantas
  • epilepsi
  • lemak berlebihan
  • bronkitis
  • tibi
  • meningitis
  • buah pinggang
  • jangkitan pada air kencing
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  1. Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  4. Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  5. Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  • Tekanan darah tinggi - 30 hari
  • Gastrik - 10 hari
  • Diabetes - 30 hari
  • Sembelit - 10 hari
  • Kanser - 180 hari
  • Tibi - 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

sumber; http://www.iluvislam.com

Khamis, 25 November 2010

Periksalah Air Paip Di Rumah Anda



Air sangat penting dalam kehidupan manusia . Badan kita 70% adalah air. Otak juga adalah terdiri dari bahan bendalir. Air bersih amat mustahak bagi manusia untuk hidup lebih sihat. Tahukah anda bahan yang terkandung dalam air paip di rumah anda? Periksalah air paip anda. Adakah ianya mengandungi klorin? Sudah pasti ada bukan? Kerana klorin adalah penyelesaian mudah untuk membersihkan air.


Tahukah anda apa itu klorin? Klorin adalah sejenis bahan peluntur yang digunakan untuk membunuh mikroorganisma dalam air seperti kuman taun dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa manusia juga adalah organisma, walaupun tidak semakro kuman, kita tetap tergolong dalam organisma juga.


Jadi kita juga seolah - olah memberi mudarat pada diri sendiri dengan meminum air yang bercampur klorin. Tahukah anda dengan memasak air sahaja tidak mampu menghapuskan klorin.

TETAPI, dari salah satu kajian yang dijalankan KLORIN adalah salah satu penyebab KANSER!!! Selain dari itu tahukah anda, walaupun air telah dirawat dengan Klorin, banyak lagi unsur-unsur cemar yang terdapat di dalam air paip yang masih tertinggal dan boleh memudaratkan kesihatan.

Karat, kuman, virus, logam berat, bahan radioaktif malahan najis dan mayat juga antara pencemaran yang turut sama keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda seperti yang dilaporkan di dada akhbar.

Maka tidak hairanlah bila kita selalu sahaja sakit, demam dan sebagainya kerana sistem daya tahan tubuh kita telah menjadi lemah secara perlahan - lahan dalam jangka masa yang panjang. Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah ini? Gunalah penapis air yang sesuai untuk menapis klorin dan di akui oleh SIRIM.


Sedikit pelaburan akan memberi kesan kesihatan kita pada masa hadapan yang sebenarnya jauh lebih bernilai kepada kita. Bertindaklah segera demi kesihatan anda jika anda prehatin terhadap kesihatan anak - anak anda dan keluarga . Gunalah penapis air demi kesihatan anda dan keluarga di hari muka.


Apakah yang tersirat dalam air paip yang kita gunaka setiap hari?


Air paip yang disalurkan ke tempat kediaman kita mengandung 5K iaitu :
Kotoran
Karat
Klorin
Kuman
Kimia


Kandungan Kimia dalam air akan menyebab kepada penyakit :
  • Aluminium – menyebabkan cepat tua dan alzhiemer.
  • plumbum – penyebab kanser.
  • Asbestos – penyebab kanser
  • Arsenik – penyebab kesakitan, kerosakan dan kematian.
  • Kadmium – penyebab darah tinggi, penyakit buah pinggang.
  • Nitrate – penyebab kanser
  • Fluorida – penyebab pertahanan badan rendah dan sakit jantung
  • Merkuri – Kerosakan otak dan urat saraf
  • Klorin – penyebab kanser darah.
  • Strontium 90 – penyebab anemia, leukimia dan kanser tulang.
Pencemaran air apakah kesannya terhadap Kita?

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh The Sun pada 5 Julai 2003•
Seorang dari 4 rakyat Malaysia berkemungkinan menghidap kanser menjadikan 40,000 kes baru kanser setiap tahun• 3,000,000 rakyat Malaysia mengidap Obeseti•

Pada 1996 seramai 800,000 orang mengidap kencing manis yang mendedahkan indidividu kepada sakit jantung, mati pucuk dan angin ahmar. Sanggupkah membiarkan diri anda, keluarga dan orang yang anda sayangi termasuk dalam statistik diatas?

Selepas membaca kesan dan mudarat yang dibawa oleh air yang tercemar diatas, masih sanggupkah anda memberi susu yang dibuat dari air tercemar untuk anak kecil anda?Atau sanggupkah anda menggunakan air yang dicemari dengan berbagai sisa bahan buangan untuk memasak bagi keluarga anda? Air paip mengandungi pelbagai bahan tercemar yang membahayakan dan mampu menyebabkan penyakit kanser, jantung serta penyakit alergi dan kesan sampingannya. Meminum air yang tercemar secara berterusan boleh merosakkan sel-sel dan mengakibatkan penyakit dan kesengsaraan.

Rabu, 24 November 2010

Persoalan Tentang Air Minuman Kita

1. Apakah definisi air?
Secara saintifik, air didefinisikan sebagai gabungan H2O semata –mata (dua atom hidrogen dan satu atom oksigen).


2. Mengapa air penting terhadap badan manusia?
Air ialah asas kehidupan manusia. Ia mengawal dan menyelaras sistem penghadaman, detoksifikasi/sistem perkumuhan dan menyelaraskan suhu badan. Ia juga membantu mengekalkan kesihatan badan dan berat badan.


3. Adakah air dari paip air selamat diminum?
Di kebanyakan negara, air dirawat sebelum disalur kepada pengguna dan ada yang minum air terus dari paip. Ini menunjukkan bahawa air tersebut adalah 'selamat' atau dalam erti kata lain, 'boleh diminum'.


Di Malaysia, walaupun saya tidak kenal sesiapa yang minum air secara terus dari paip, tetapi kita akan terminum sedikit air paip setiap kali kita mengosok gigi. Memandangkan kita tidak mengalami kesakitan serta-merta atau masalah kesihatan, maka kita boleh menganggap air yang disalur ke rumah kita adalah 'selamat' diminium.


4. Adakah air paip menyihatkan?
Ramai di antara penduduk Malaysia yang saya temui kurang pasti tentang perkara ini. Oleh itu, kita harus mempertimbangkan bahawa 'selamat' tidak selalunya bermaksud 'sihat'. Untuk menerangkan maksudnya, satu analogi yang selalu saya gunakan ialah: Sekiranya anda berada di sebuah negara yang mundur, adakah anda akan pilih untuk makan di sebuah gerai tempatan atau di sebuah kedai makanan segera berangkaian antarabangsa?


Saya percaya hampir semua orang akan setuju bahawa makanan segera ialah pilihan 'selamat'. Akan tetapi, adakah anda akan makan makanan segera setiap hari walaupun ia adalah selamat? Harap–harap tidak! Oleh itu, 'selamat' tidak selalunya bersamaan dengan sihat melalui contoh ini.


5. Bagaimana pula dengan ubat-ubatan yang berbahaya dalam air?
Sebenarnya ubat-ubatan farmaseutikal – termasuk ubat penenang, ubat sakit jantung dan hormon jantina – melepasi proses rawatan air buangan yang moden dan meresap ke dalam bekalan air minuman seluruh dunia.


Mungkin tiada kesan buruk serta-merta apabila meminum air yang mengandungi sedikit sisa-sisa ubatan, tetapi dalam jangka masa yang lama, ia berpotensi membawa kesan mudarat pada kesihatan seseorang. Alasannya agak mudah: Ubat-ubatan dicipta khas untuk membawa kesan tertentu terhadap badan munusia walaupun dalam dosej yang rendah.


6. Adakah ini satu ancaman di Malaysia?
Pada saya, ini ialah ancaman kepada mana-mana negara yang penduduknya mengambil ubat-ubatan. Badan manusia sentiasa berfungsi pada cara yang sama, cara rawatan air juga adalah sama dan cara pembuangan ubat-ubatan yang tidak digunakan juga adalah sama. Oleh itu, masakan kita boleh mengharapkan keputusan yang berlainan?


7. Adakah terdapat sebarang ujian yang telah dilakukan terhadap isu ini?
Setakat hari ini, masih tidak ada permintaan secara mandat untuk menjalankan ujian atas kandungan ubat-ubatan farmaseutikal dalam air minuman. Sebenarnya, masih belum ada tahap keselamatan yang ditetapkan terhadap ubat-ubatan dalam air. Walau bagaimana pun, semenjak laporan siasatan AP selama 5 bulan dipaparkan pada bulan Mac tahun ini, perbincangan secara aktif telah dijalankan. Saya yakin bahawa anda tidak mahu anak anda meminum hormon jantina atau ubat-ubatan lain yang ditemui dalam air minuman seluruh dunia.


8. Bagaimana pula dengan bahan pencemar yang lain?
Ubat-ubatan ialah ancaman air terkini yang dilaporkan, tetapi ia mungkin bukan ancaman yang tunggal. Mengikut laporan Earth Day Network yang disiarkan di CNN, 14 juta penduduk Amerika minum air yang tercemar dengan racun rumpai setiap hari.


Di New Zealand, air bawah tanah Southland telah dikenal pasti mengandungi paras nitrat yang semakin melebihi tahap keselamatan. Kandungan nitrat yang tinggi berkait rapat dengan penyakit yang digelar 'Simpton Bayi Biru'. Air minuman yang mengandungi nitrat adalah sangat merbahaya kepada bayi, ibu mengandung serta janin.


9. Sistem rawatan air gagal menyingkirkan banyak jenis bahan pencemar. Adakah ini meningkatkan paras bahaya dalam air?
Laporan AP menunjukkan bahawa bahan disinfeksi kuat yang dikenali sebagai klorin digunakan untuk membunuh kuman dan virus. Akan tetapi, laporan yang sama juga menunjukkan bahawa klorin sebenarnya boleh menyebabkan sesetengah jenis pencemar farmaseutikal menjadi lebih merbahaya. Klorin bertindak-balas dengan bahan organik secara semula jadi dalam logi, sungai dan punca air yang merupakan sumber bekalan air minuman. Tindak balas ini menghasilkan bahan sampingan disinfeksi (DBP) seperti Trihalometana.


DBP ialah penyebab penyakit kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang minum air yang merngandungi klorin mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap beberapa jenis penyakit kanser berbanding dengan mereka yang tidak minum air yang berklorin. Ini merupakan salah satu sebab mengapa paras DBP dikawal secara ketat di kebanyakan negara.


Mengikut kajian pekerja alam sekitar yang diterbitkan pada tahun 2005, air paip yang disalurkan kepada 178,679,000 penduduk di 41 buah negeri di Amerika, mengandungi 44 jenis pencemar bahan sampingan proses rawatan, penyimpanan serta penghantaran air.


10. Adakah kita memerlukan air yang 'baik' untuk kesihatan yang baik?
Hampir 70% badan manusia terdiri daripada air! Bagaimanakah kita boleh mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya kita tidak minum air yang 'baik'?


11. Mineral adalah baik untuk kesihatan, jadi, betulkah air minuman patut mengandungi mineral-mineral?
Walaupun terdapat pendapat yang bercanggahan, saya amat pasti yang kita tidak memerlukan atau mahu mineral dalam air kita.


Pertama, kebanyakan mineral dalam air adalah tidak organik (daripada batu–batan yang berlarutan) dan sukar diuraikan atau digunakan oleh badan kita.

Kedua, walaupun badan kita boleh menggunakannya, tiada sistem rawatan air dalam rumah yang mampu membezakan mineral yang 'baik' seperti kalsium atau magnesium dengan mineral yang 'buruk' seperti nitrat, arsenik, plumbum dan sebagainya. Alam semula jadi membekalkan bumi dengan air melalui hujan atau salji yang langsung tidak mengandungi sebarang mineral. Tidak ada sebab mengapa air minuman kita mesti berbeza.

Ketiga, segelas susu mengandungi lebih banyak kalsium daripada 500 liter air paip secara purata. Untuk mendapat kandungan kalsium yang bersamaan dengan segelas susu, anda perlu minum sekurang-kurangnya 500 liter air paip setiap hari, yang sememangnya tidak mungkin berlaku.


12. Bagaimanakah kita memilih sistem rawatan air di rumah?
Kita seharusnya membezakan di antara sistem penapisan air dengan sistem penulenan air. Sistem penapisan air secara asas hanya menyingkirkan segelintir partikel dan mungkin bau dan warna air. Tetapi, sistem penulenan yang direka khas melakukan jauh lebih banyak daripada itu.


Tidak kira sama ada ia suatu sistem penapisan, pancaran UV, penyulingan atau penulenan, fungsinya adalah untuk membersih serta meningkatkan kualiti air. Oleh itu, pilihlah sistem yang bukan sahaja mampu meningkatkan rasa atau warna tetapi mampu menyingkirkan pencemar lain yang selalu dijumpai dalam air.


Kajilah teknologi yang digunakan, jenis pencemar yang boleh disingkirkan, perkhidmatan selepas pembelian anda, berapa tahun syarikat tersebut terlibat dalam perniagaan tersebut dan adakah produk tersebut diiktiraf oleh badan berdikari antarabangsa. Kesemua ini harus diberi perhatian.






.

Kelebihan KISMIS Dalam Islam


APA ITU KISMIS ?
Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu.

Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek.

Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.


Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.



Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”

KANDUNGAN KISMIS

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot.

Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita

Kandungan kismis (bagi setiap 100g):
Potassium 746 mg
Phosphorus 115 mg
Calcium 52 mg
Magnesium 33 mg
Sodium 12 mg
Iron 1.7 mg
Vitamin B 11 mg
Vitamin C 1.3 mg


Khasiat Kismis:
  • Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan.
  • Memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Melindungi hati.
  • Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
KELEBIHAN KISMIS
  1. Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT.
  2. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini.
  3. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam.
  4. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.
  5. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.
  6. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan).
  7. Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.
  8. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.
Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti:
  1. Membantu meningkatkan memori dan hafalan
  2. Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan
  3. Melawaskan pembuangan air besar
  4. Melindungi hati
  5. Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
  6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
  7. Membantu sebagai penerang hati
  8. Membantu menguatkan hafalan
  9. Membantu menajamkan mata dan minda
  10. Membantu memulihkan keletihan saraf
  11. Membantu menguatkan daya ingatan
  12. Membantu mengurangkan stress
  13. Membantu merawat penyakit histeria
  14. Membantu merawat penyakit gementar
  15. Membantu merawat penyakit anemia
  16. Membantu merawat masalah sembelit
  17. Membantu merawat masalah pelupa
  18. Menambah fahaman serta minat belajar
  19. Membantu merawat masalah anak hyp

Sabtu, 30 Oktober 2010

Khasiat & Kelebihan Buah Betik


Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita.

Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah Betik juga kaya dengan zat vitamin C. Malahan kandungan vitamin C dalam buah betik adalah lebih tinggi dari yang terdapat di dalam buah limau. Setengah biji buah betik yang sederhana saiznya dapat membekalkan kita 100% keperluan vitamin C dalam sehari,

Buah betik juga mengandungi zat vitamin A dan berbagai jenis zat vitamin B seperti Riboflavin, zat folate dan cryptoxanthin. Zat ini adalah sejenis carotene yang menghasilkan warna bagi isi buah betik. Unsur ini amat penting sekali bagi kesihatan jantung kita kerana ia dapat melindunginya daripada kerosakan.

Selain zat vitamin, buah betik juga mengandungi serat, zat protein dan enzim papain. Enzim papain adalah unsur yang amat berkesan dalam proses penghadaman makanan.

KEBAIKAN BETIK

1) Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

2) Ubat bagi sembelit dan bawasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

Pendek kata, betik adalah tonik ideal serta murah jika kita ingin mengekalkan kesihatan jantung, hati, otak, saraf dan darah kita.

Buah Betik ataupun nama saintiknya Carica Papaya L adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang. Pokok betik juga mempunyai pelbagai khasiat. Betik juga sangat berkhasiat jika dimakan.

Di samping itu berikut adalah khasiat lain buah betik;
  • Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  • Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  • Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
  • Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
  • Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

Selasa, 26 Oktober 2010

Bila Orang Minta...... Sumbangan Jantung!!!


Aku sedih bila membaca kisah seorang ibu di IJN yang merayu agar mana-mana pihak dapat mengusahakan sumbangan jantung baru buatnya

Mengikut ceritanya, lebih setahun lalu, pengguna ‘jantung mekanikal’, Chen Winnie, 23, merayu mendapatkan jantung baru tetapi tidak berhasil

kini tahap kesihatan Chen Winnie semakin kritikal

hanya tinggal kira-kira 11 bulan lagi untuknya mendapatkan penderma yang sesuai kerana ‘jantung mekanikal’ yang digunakan hanya boleh bertahan selama dua tahun

Hari ini, genap 433 hari Winnie menggunakan alat pembantu denyutan jantung (PVAD) atau jantung mekanikal itu.

Harapan Winnie, seorang ibu tunggal penantiannya akan berhasil kerana masa semakin suntuk.

Menurut Winnie, beliau tetap bersabar dan kerana kasih kepada anaknya yang kini berusia lima tahun, beliau tetap cekal untuk meneruskan hidup.

"Setiap pagi apabila bangun tidur saya mengharapkan ada berita baik daripada doktor, tetapi sehingga hari ini impian itu belum menjadi kenyataan".

"Saya tahu kita tak boleh paksa orang untuk derma jantung, namun, hakikatnya saya amat mengharapkan jantung supaya dapat membesarkan anak dengan sempurna seperti orang lain,"

katanya sambil mengesat air matanya yang tidak henti-henti mengalir pada sidang akhbar di IJN
Namun Tuhan lebih menyayangi Winnie, genap, setelah 26 bulan bertahan menantikan penderma jantung yang sesuai, Winnie, ibu muda berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia

Ibu tunggal kepada seorang anak kecil itu dilaporkan mengalami strok pada 7 Oktober lalu sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut

Bagaimanapun, strok itu telah menyebabkan kerosakan teruk kepada otaknya dan Winnie kemudian disahkan telah mati otak dan tidak dapat diselamatkan

Namun yang membuatkan aku terharu ialah, rupa-rupanya Winnie memilih untuk mendermakan organnya sebagai wasiat terakhir

Berikutan hasrat Winnie untuk menderma organ bagi menyelamatkan nyawa pesakit lain, keluarganya telah bersetuju dan membenarkan paru-paru, mata, hati dan buah pinggang Winnie diambil untuk didermakan.

Akhirnya satu pasukan dari Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Hospital Kuala Lumpur yang diketuai Datin Dr. Lela Yasmin telah menjalankan ujian pengesahan kematian otak ke atasnya

Berikutan pengesahan kematian otak, pasukan yang sama juga mula menjalankan pembedahan untuk memindahkan organ-organ yang ingin didermakan Winnie

Winnie merupakan pesakit jantung ketiga yang menerima bantuan alat bantuan denyut jantung (PVAD) selepas Mohd. Fikri Nor Azmi dan Tee Hui Yi serta merupakan pengguna PVAD pertama yang meninggal dunia kerana gagal mencari penderma jantung yang sesuai

Bagi aku, Winnie telah melakukan tindakan yang cukup mulia…biarpun tiada siapa yang menderma jantung kepadanya, tetapi dia sendiri sanggup menderma organnya kepada insan lain

berapa ramai orang sangatlah di antara kita yang sanggup berbuat demikian .... setelah ... meninggal dunia

Walaupun dia bukan beragama Islam, tetapi aku tetap mendoakan yang terbaik untuknya kerana dia juga makhluk Allah seperti mana kita

Walaupun aku tidak kenal Winnie secara dekat, aku tidak tahu siapa..... suaminya, siapa...... keluarganya dan siapa...... anaknya

Tetapi pada kesempatan ini, aku ingin memberitahu mereka, aku tetap menganggap dia adalah insan berhati mulia dan mereka patut berbangga kerana pernah memiliki insan setabah dan sehebat Winnie

Buat anaknya, percayalah, ibu mu adalah insan yang patut kau sanjungi, dia mungkin tiada lagi di dunia tetapi jasanya tetap akan dikenang sampai bila-bila atas sumbangannya terhadap nasib orang lain....

Harimau mati meninggalkan belang .....
Manusia mati meninggalkan nama TETAPI
Winnie bukan hanya tinggalkan nama tetapi jasa yang tak semua orang sanggup lakukannya

Kisah Benar....

Isnin, 18 Oktober 2010

Hidup Memberi ...Derma Organ

Saya amat tersentuh apabila Sister Norsalina Osman selaku Pengurus Bahagian Pendermaan Organ IJN menghubungi saya untuk berbincang tentang hal ini. Beliau menunjukkan kepada saya gambar-gambar beliau dan pasukannya semasa membuat kempen pendermaan organ di Kuil Maha Vihara pada hari Wesak yang lalu.

Sambutan yang diterima sungguh hebat dan hari itu, pasukan Pendermaan Organ IJN menerima pendaftaran penderma organ pada jumlah yang sangat memberansangkan. 150 orang mendaftar termasuk dua orang yang melakukannya sempena hari ulang tahun kelahiran mereka.

Saya beragama Islam. Agama yang cantik, indah, dan rahmat bagi sekalian alam. Agama yang datang untuk manfaat manusia. Agama yang memberikan manusia keperluan hidup mereka agar kehidupan manusia bukan hanya pada memikirkan soal diri sendiri, tapi segalanya berjemaah. Kerana Islam agama kebersamaan.

Sumber: Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC) di Hospital Kuala Lumpur. Statistik sehingga 30 November 2005

Tetapi di manakah silapnya hingga statistik penderma organ orang Melayu yang umumnya mewakili kaum Muslimin, terlalu kecil? Cina 64%, India 22% dan Melayu hanya 8%. Sedangkan Melayu dan Muslim juga mewakili senarai mereka yang memerlukan organ kerana mereka juga sakit dan sihat seperti orang lain

MENGAPA SAYA MENDERMA ATAU TIDAK MENDERMA?

Saya cuba mencungkil hal ini dan memulakannya dengan bertanyakan soalan itu kepada diri saya sendiri. Mengapa saya tidak menderma? Adakah kerana agama? Saya telah meluangkan masa kira-kira seminggu meneliti perbincangan Ulama pelbagai negara, mazhab, pendekatan dan pendirian. Majoritinya sampai kepada titik noktah yang sama iaitu mengharuskan pendermaan serta pemindahan organ.

Apakah hujah-hujahnya meyakinkan? Ya, sungguh jelas dan meyakinkan. Malah fatwa-fatwa itu sudah matang kerana berbelas malah berpuluh kali Ulama bersidang mengenainya dan mereka terus konsisten pada menetapkan keharusannya.

Maka penjelasan dari segi agama, selesai. Islam bukan hanya mengharuskannya malah menganggap ia sebagai suatu kebajikan yang amat besar maknanya. Lantas agama tidak sepatutnya menjadi alasan kepada orang Islam untuk tidak menderma organ.

Apabila saya menyemak statistik yang dikeluarkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia, nyata sekali, agama bukanlah faktor utama yang menghalang kita menderma.

Sumber: Kaji Selidik IKIM: Majalah “Kefahaman Islam” Jan 2006 Bil 61 Muka Surat 18

Halangan utamanya ialah TAKUT. 56.3% mengakuinya. Takut ini puncanya pelbagai.

PUNCA TAKUT

Ada takut yang terbit dari keadaan tidak kenal mengenal. Kita memusuhi apa yang kita tidak kenal. Kita takut sesuatu yang kita tidak mengerti. Takut seperti ini mungkin kerana kurang maklumat. Kurang pendedahan. Maka takut seperti ini boleh dirawat dengan membekalkan maklumat seperti yang sepatutnya.

Namun ketakutan ini sukar untuk diubat jika majoriti kita masih terbelenggu oleh “Aku Tidak Pedulisma”. Tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling kita, tidak peduli pada segalanya. Saya percaya faktor ini juga merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah penderma organ Melayu Muslim yang menyedihkan.

KEKURANGAN NILAI

Ada takut yang terbit kerana kekurangan nilai tertentu dalam diri. Di sinilah saya cuba menguji diri. Saya bayangkan yang di hadapan saya ada sekeping papan yang saya letakkan sebagai penghubung di antara dua meja. Dengan ketinggian 1 meter dari lantai, sanggupkah saya menyeberang dengan melintasi papan itu? Nyata sekali saya sanggup. Tiada risiko. Jika meja itu ditinggikan setinggi sebuah almari, apakah saya masih berani? Mungkin saya sedikit teragak-agak tetapi boleh mencuba jika jelas apa tujuannya. Ada upah? Barangkali…

Tetapi beranikah saya jika dua almari itu diganti dengan bangunan 3 tingkat?

Jawapan saya jelas… saya tidak berani, dan saya tidak perlu untuk mengatasi ketakutan saya kerana tiada keperluan di situ.

Bagaimana jika ada keperluan? Bagaimana kalau di tingkat 3 bangunan di seberang sana itu, anak saya sedang menjerit meminta tolong? Tingkat 1 dan dua sudah dijilat api. Satu-satunya cara untuk anak saya diselamatkan adalah dengan saya pergi mendapatkannya sendiri. Dengan melintasi papan itu. Pada kadar setinggi 3 tingkat. Sanggupkah saya? Saya sanggup. Mengapa tadi tidak sanggup, kini sanggup? Apa yang mendorong saya untuk berani? Keghairahan apa yang membara di dalam diri ini?

KUASA KASIH SAYANG

Itulah nilai kasih dan sayang. Kerana sayang saya sebagai bapa kepada anak, saya sanggup melakukannya. Jelasnya, saya perlukan nilai untuk membakar keberanian. Nilai harta tidak bermakna. Nilai kemegahan dan nama tidak berguna. Tetapi kasih saya mencetus keinginan yang membara. The burning desire…! Sesuatu yang mustahil kita lakukan, jadi tidak mustahil apabila ia dijana dengan nilai kasih sayang. Apakah 56.3% ketakutan itu berpunca dari gersang nilai? Tiada kasih sayang dan semuanya hanya ada secebis kasih saya untuk mengasihi diri sendiri sahaja?

Nilai ini tidak boleh dibuat-buat. Tidak mungkin seorang yang hidupnya self centered, mementingkan diri sendiri, tidak peduli kepada orang lain, tiba-tiba mahu menderma organ atas perasaan kasih sayang. Sama ada seseorang itu pengasih, atau sebaliknya. Perasaan kasih sayang menjadikan kita suka memberi. Menjadikan hidup ini penuh erti dengan memberi, terbit dari rasa kasih dan sayang.

“Tidaklah sempurna iman sesiapa dari kalanganmu, sehingga dia mengasihi untuk saudaranya, apa yang ia kasih untuk dirinya sendiri” (Hadith Muslim)

Kesediaan memberi yang terbit dari kasih dan sayang adalah pelengkap yang menyempurnakan iman. Sebagai seorang mukmin, saya sepatutnya mempunyai upaya untuk menyintai lebih dari sekadar zuriat dan ahli keluarga semata-mata. Bahkan sesiapa sahaja yang beriman, adalah saudara saya yang berhak saya kasihi. Rasa kasih kepada saudara dalam iman, menjadikan hidup memberi penuh bererti. Memberi itu tinggi, dan ia mendatangkan kemanisan kerana pemberian hadir dengan rasa kasih.

Masa, tenaga, fikiran, harta benda, yang selama ini diberi di jalan kasihkan sesama mukmin, dilengkapkan lagi dengan dorongan untuk menjadi penderma organ kerana ia adalah sesuatu yang saya tidak perlu bawa ke kubur, malah boleh dimanfaatkan oleh saudara saya yang masih hidup. Ia adalah wala’ saya sebagai mukmin… Nilai kasih saya juga, menekan rasa takut untuk tidak mengganggu kefahaman saya di dalam soal pendermaan organ, biar pun organ itu mungkin akan diberi kepada orang yang tidak beriman.

Biar pun secara naluri, saya mahu keutamaan diberi kepada saudara saya yang beriman, namun biarlah Allah yang mengaturnya kerana organ ini adalah keperluan sekalian hamba-hamba-Nya. Jika Allah memberi kehidupan kepada hamba-hamba-Nya tanpa memilih di antara yang beriman dan tidak beriman, siapa saya untuk bersikap sebaliknya? Malah penghayatan saya kepada Islam sebagai agama Rahmat seluruh alam, menjadikan diri saya kasih kepada mukmin, dan prihatin kepada sekalian yang lain. Tidakkah Nabi SAW sendiri bangun ketika lalu di hadapannya mayat seorang Yahudi, atas alasan kemanusiaan…?

ALLAH MENGULANGI NAMA-NYA YANG PENGASIH

Benarlah, untuk melakukan suatu yang bersifat memberi, jiwa perlu kaya dengan kasih dan sayang. Bagi memudahkan hamba-hamba-Nya berperanan memberi, itulah ar-Rahman dan ar-Rahim, nama yang paling kerap diulang-ulang di dalam al-Quran. Allah sebagai Tuhan yang Rahman dan Rahim, Maha Memberi kepada makhluk-nya.

Maka untuk seorang hamba itu hidup memberi, suburkanlah perasaan kasih dan sayang itu di dalam diri, ia membakar keinginan agar membara untuk berbakti. Saya ada sedikit gentar dan takut, ketika menurunkan tanda tangan ke borang yang diberi. Tetapi saya lebih takut ke alam mati dengan amal yang tidak mencukupi. Saya lebih takut diseksa kerana berdosa semasa hidup, berbanding stigma terseksa kerana tubuh dibedah selepas mati. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana semua ini tidak bermakna lagi, selepas hidup berganti mati. Letakkan diri di alam mati, tahulah nilai hidup memberi

Erti hidup di dunia pada memberi, erti hidup di Akhirat pada menerima… kurniaan Allah Rabbul Izzati. Semoga keputusan saya mendaftarkan diri sebagai penderma organ, boleh meyakinkan setiap insan yang saya temui, bahawa kemuncak tertinggi bagi sebuah hidup ini… adalah dengan mengertikannya pada MEMBERI..

BAGAIMANA SAYA MENURUNKAN TANDA TANGAN?

Saya telah berdaftar sebagai penderma organ dalaman sahaja. Ada pun kornea mata dan kulit, saya bimbang keluarga tidak bersedia dan mengalami trauma, walaupun saya tahu proses pemindahan organ dan tisu dilakukan dengan penuh penghormatan dan jenazah tidak akan dicacatkan sewenang-wenangnya. Anggota dalaman tidak mengapa. Setakat kesan jahitan tubuh, isteri saya sendiri adalah seorang doktor yang sudah melihatnya sebagai pemandangan biasa. Tetapi saya sudah berpesan kepada isteri. Tentang soal kornea mata dan anggota luar, biarlah beliau yang memutuskannya dari segi kesanggupan. Pada saya, selepas bercerai tubuh dan nyawa, segala-galanya tidak berguna lagi.

Teringat saya kepada kata al-Quran bahawa di Mahsyar, ada ibu yang sanggup korbankan anaknya sendiri, jika boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Memikirkan ayat itu sudah cukup pedih buat saya ketika ‘melihat’ betapa terdesaknya kita di Akhirat nanti. Jika menderma organ boleh menambah keselamatan saya di Akhirat, saya tidak teragak-agak untuk melakukannya. Selepas mati, apalah sangat nilai yang ada pada buah pinggang, jantung, hati dan tulang, berbanding kesanggupan ibu mengorbankan anak sendiri, demi keselamatan nafsi-nafsi di Akhirat nanti.

Saya seru dari lubuk hati’ daftarkanlah diri sebagai penderma. Saya pun tidak tahu selepas mendaftar ni, adakah nanti fizikal saya sesuai dan boleh didermakan. Saya mungkin mati kemalangan, saya mungkin mengalami kerosakan jantung, hati, buah pinggang dan lain-lain. Tetapi dengan mendaftar sebagai penderma’ Insya ALlah dengan niat yang betul, ganjaran di Sana sudah tersedia.. Ayuh! Wahai insan yang kurang bekal, tambahkan amal banyakkan kebajikan. Sudikah anda bersama?

"Erti Hidup Pada Memberi"

Dermalah Organ...... Demi Sebuah Kehidupan

Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang.Ia juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit.

Keputusan untuk mengizinkan penderma organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga simati. Untuk meringankan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ dan tisu semasa hayat kita.

Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut.

Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.

Siapakah Yang Layak Menjadi Penderma ?

Sesiapapun, sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga terlebih dahulu.

Apakah Itu Pendermaan Organ?

Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas ianya meninggal dunia.

Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusian yang mulia.

Apakah Organ dan Tisu Yang Boleh Didermakan?


Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggan, jantung, hati(heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

Bilakah Organ dan Tisu Sipenderma itu Diperolehi?

Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.

Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda adalah seseorang Penderma?

Tidak! Doktor -Doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selepas kematian telah disahkan

Adakah terdapat Bantahan Dari Sudut Agama?

Tiada! Kebayakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia

Bagaimana Organ Pendermaan itu dipindahkan?

Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan sucihama. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjelaskan rupa dan bentuk tubuh badannya.

Selepas organ dan tisu diperolehi luka pembedahan itu akan dijahitkan dengan sempurna dan jenazah sipenderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib seperti mana pembedahan-pembedahan biasa

Bagaimana Jika Anda Berubah Fikiran Menderma?

Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.

Adakah proses pendermaan Organ akan melambatkan urusan pengkebumian Jenazah?

Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazah akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kapada waris penderma secapat mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.

Bagaimanakah Anda Berhajat Untuk Manjadi Seorang Penderma Organ?


Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.

Anda Dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu Kepada Keluarga Anda?

Ini akan memudahkan serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.

Mati Otak dan Pendermaan Organ

Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi melaksanakan pemindahan ini anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan setalah mendapat kebenaran ahli keluarga pesekit yang mengalami mati otak tersebut.

Apakah yang dikatakan MATI OTAK?

Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyababkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu penghidupan seperti pernafasan dan denyutan janting) tidak lagi berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan

Isnin, 4 Oktober 2010

Fungsi Vitamin Dalam Badan

Vitamin adalah salah satu zat dari ribuan lainnya dimana keberadaannya sangat penting bagi tubuh manusia dan haiwan, setiap vitamin yang terkandung dalam makanan mempunyai fungsinya masing-masing baik untuk menjaga kesegaran tubuh ataupun untuk menghilangkan rasa penat agar tetap bersemangat dalam bekerja

Vitamin A
Kepentingan ia juga dikenali sebagai Retinol. Ia penting untuk :
  • Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna,
  • Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam)
  • untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
  • Kulit yang sihat
  • Lapisan selaput mukosa didalam tubuh.

Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :
  • Penurunan daya tahan kepada jangkitan
  • Kulit kasar, kering dan berjerawat
  • Masalah penghadaman
  • Batu karang (ginjal)
  • Rabun malam
  • Penyakit mata, termasuk xerophthalamia, dimana ia boleh menyebabkan buta.
Sumber Vitamin A yang baik adalah
  • Hati, telur
  • Marjerin
  • Susu penuh krim dan susu rendah lemak
  • Beta Carotene dari makanan (terdapat dengan banyaknya di dalam labu, lobak,aprikot, mangga, betik dan buah dan sayur yang berwarna kuning/oren dan merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ) yang akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita.

Keracunan
  • Vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya supplemen berlebihan diambil secara berlebihan
  • Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut
Vitamin C

KepentinganVitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik.
  • Ianya penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan.
  • Ia sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka.
  • Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asidamino dan hormon.
  • Ia juga memiliki kesan antioksida, dengan membantu badan mengeluarkankumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang digelar sebagairadikal beb
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan
  • Skurvi
  • Kurang daya tahanan
  • Pendarahan gusi.

Sumber - Sumber Vitamin C yang baik adalah
  • Jambu batu
  • Betik
  • Belimbin
  • Mangga
  • Buah Sitrus (Limau)
  • Sayuran berdaun hijau
Keracunan
  • Cirit birit
  • Ganguan gastro usus
  • Pembentukan batu karang (ginjal)
  • Penambahan asid urik
Vitamin B12

Kepentingan Vitamin B12 atau Cobalamin, dalam kombinasi dengan Folacin (Vitamin B12 juga dikenali sebagai Asid Folik)
  • Ia digunakan dalam pembentukan sel darah merah
  • Ia juga membantu dan mengekalkan pelindung selaput saraf.
Simtom kekurangan Vitamin B12 ialah
  • Pernicious Anemia
  • Lumpuh otot dan urat saraf.
Sumber
  • Daging
  • Ikan
  • Ayam/itik
  • Prodek tenusu
  • Telur
  • Hati
Zat Besi
Kepentingan Zat besi adalah garam galian yang diperlikan dengan sedikit tetapi sangat penting untuk kebaikan kesihatan dan kehidupan. Kebanyakan daripada zat besi dalam tubuh manusia terdapat di sel darah merah-hemoglobin dan kepentingannya adalah
  • Memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah
  • Pembentukan myoglobin dalam otot
  • Pembawa oksigen
  • Terlibat dalam penggunaan tenaga .
Secara amnya kekurangan zat besi boleh menyebabkan
  • Anemia
  • Simptom ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’ dikalangan kanak-kanak
  • Dikalangan orang dewasa kerap kali menyebabkan keletihan
Sumber
  • Hati
  • Daging
  • Ayam/itik
  • Ikan
  • Cengkerang
  • Telur
  • Kekacang
  • Kacang kering
  • Buah prun kering
  • Jus buah prun
  • Bijiran – yang ditambah dengan zat besi
  • Gandum penuh
  • Roti yang diperkaya dengan galian dan bayam
Keracunan
  • Boleh merosakkan hati dan pancreas,
  • Kemungkinan peningkatan risiko untuk barah dan penyakit jantung

Kisah wanita dan Rasulullah

Suatu hari ada wanita muslimah datang ke Pasar Bani Qainuqa’ untuk suatu keperluan yang ia perlukan. Ia menghampiri salah satu pedagang Yahu...