Rabu, 23 Februari 2011

Rabun mata

Mata manusia mempunyai fungsi seperti kamera bagi melihat dengan jelas. Objek yang sedang dilihat akan difokuskan keatas retina. Keadaan ini dapat dicapai dengan kuasa menumpu yang ada pada kornea dan kanta.

Sebaliknya bila imej tidak difokuskan dengan tepat ke atas retina, penyakit mata iaitu rabun mata akan terjadi. Ini akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan masalah atau penyakit mata ini boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta sentuh.

Rabun mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis:

* Myopia (rabun jauh)


  • Imej difokuskan di hadapan retina
  • Imej yang terbentuk mempunyai lebih daripada satu titik fokus
  • Simpton penyakit mata ini. Penglihatan jauh menjadi tidak jelas, sebaliknya penglihatan dekat sangat jelas

* Hyperopia (rabun dekat)

  • Imej difokuskan di belakang retina
  • Penglihatan jauh menjadi lebih baik dari penglihatan dekat.
  • Simpton penyakit mata ini. Mata mudah penat jika tidak dibetulkan.


* Astigmatism


  • Kabur hampir dikesemua jarak dan imej menjadi senget atau tidak sempurna

Komplikasi

Rabun mata pada orang dewasa, jika tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan tidak selesa pada mata, mata penat dan kadangkala mungkin sakit kepala.

Rabun mata di kalangan kanak-kanak memerlukan perhatian yang khusus dan penjagaan mata yang betul. Ini kerana rabun yang tidak dirawat dengan sempurna boleh menyebabkan berlakunya ambliopia (mata malas).

Rawatan

Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan untuk rabun mata miopia, hiperopia dan astigmatisma. Rawatan rabun mata secara bukan pembedahan termasuklah cermin mata dan kanta sentuh. Rawatan rabun mata secara pembedahan pula termasuklah kaedah menggunakan laser dan kaedah pembuangan kanta mata jernih. Walaupun beberapa kaedah pembedahan wujud dalam membetulkan rabun mata pada masa ini, bagaimanapun tak semua individu merupakan calon yang sesuai untuk kaedah-kaedah tersebut. Pesakit rabun mata perlu diperiksa dengan cara terperinci terlebih dahulu oleh doktor sebelum apa-apa keputusan dibuat untuk menentukan kesesuaiannya.

Pencegahan

Bagi kanak-kanak adalah disyorkan mengurangkan aktiviti, seperti membaca dengan terlalu lama, menonton televisyen dalam jarak yang dekat atau menghadap skrin komputer dalam jangka masa lama, bagi mengurangkan risiko berlakunya rabun mata myopia (rabun jauh).
Masalah-masalah lain yang berkaitan

Rabun mata Presbiopia (rabun tua) adalah biasanya terjadi kepada mereka yang berumur 40 tahun dan keatas. Ini berlaku disebabkan oleh keadaan perubahan pada kanta mata apabila umur seseorang meningkat. Keupayaan kanta bagi memfokus untuk melihat objek dekat adalah semakin berkurangan.

Rabun mata Presbiopia boleh terjadi pada semua orang, dan pada akhirnya mereka perlu untuk memakai cermin mata membaca atau bifokal. Rabun mata Presbiopia tidak boleh dirawat dengan kaedah laser.

Ubat mata yang sesuai juga boleh diambil untuk mengatasi masalah rabun mata

Masalah rabun mata yang utama terbahagi kepada rabun jauh dan dekat. Rabun dekat selalunya terjadi apabila manusia mencecah usia 40 tahun iaitu suatu fenomena penuaan. Di kala ini mereka juga mempunyai tahap adaptasi cahaya yang rendah iaitu sinaran cahaya terang dalam keadaan gelap akan membuatkan seorang itu seolah-olah buta seketika.

Untuk mengatasi masalah rabun, digalakkan anda mendapat pemeriksaan doktor mata dengan terperinci untuk menentukan sebab-sebab rabun.

Masalah darah tinggi dan kencing manis juga dapat menyumbangkan ke arah rabun bagi penghidap yang tiada mempunyai kawalan yang bagus terhadap penyakit mereka. Masalah retinopathy ini jika dibiarkan boleh menyebabkan buta. Ianya dirawat secara rawatan laser.

Cross green.png
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.

Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah wanita dan Rasulullah

Suatu hari ada wanita muslimah datang ke Pasar Bani Qainuqa’ untuk suatu keperluan yang ia perlukan. Ia menghampiri salah satu pedagang Yahu...