Selasa, 16 Mei 2017

Apakah perbezaan antara Householder dan Houseowner Insurance

Apakah perbezaan antara Householder dan Houseowner Insurance / Takaful?

Secara ringkasnya, Houseowner Insurance/Takaful adalah untuk melindungi struktur rumah dari kebakaran dan beberapa lagi risiko yang dilindungi. Ini adalah polisi kebakaran yang perlu diambil untuk landed property.

Manakala householder insurance / takaful, pula melindungi isi rumah akibat kebakaran dan beberapa risiko lain yang dilindungi. Jika anda tinggal di kondominium atau apartment, insurans/takaful kebakaran untuk struktur bangunan telah diuruskan oleh pihak JMB. Maka anda hanya perlu uruskan insurans / takaful untuk isi rumah (householder).

Jadi jangan salah faham antara insurans/takaful yang melindungi rumah anda dengan MRTA/MRTT...
MRTA/MRTT adalah untuk melindungi pemilik rumah ataupun lebih tepat orang yang membuat pinjaman untuk membeli rumah. Maka insurans rumah yang diambil semasa membuat pinjaman/pembiayaan perumahan adalah hanya melindungi peminjam sebagai contoh sekiranya peminjam meniggal dunia,maka syarikat insurans akan menguruskan baki pinjaman yang tertunggak dan membayar pampasan kepada waris. Ianya tidak melindungi rumah daripada sebarang bencana.

Perkongsian Ikhlas
Sahabat Jaya Resources
019-5971097/013-3510245
https://www.facebook.com/pakartakafulam/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah wanita dan Rasulullah

Suatu hari ada wanita muslimah datang ke Pasar Bani Qainuqa’ untuk suatu keperluan yang ia perlukan. Ia menghampiri salah satu pedagang Yahu...