Nak kongsi sikit beberapa hadis dari kitab matla' albadra'in tentang membantu pejuang2 ilmu:
Diriwayatkan daripada malik bin dinar, nabi saw bersabda:"sesiapa yang menolong orang yang menuntut ilmu, allah akan beri buku catatan amalannya dengan tangan kananNya (yakni dengan keredhaanNya) dan sesiapa yang kasihkan orag yang menuntut ilmu, sesungguhnya dia mengasihani para nabi, sesiapa yang kasihkan para nabi, adalah dia akan bersama mereka kelak, dan sesiapa yang benci penuntut ilmu, maka sesungguhnya ia benci pada para nabi, di mana balasannya ialah jahanam.
Dan bahawasanya bagi orang yang menuntut ilmu syafaat yang seumpama syafaat para nabi ia akan diberi:
a)di syurga firdaus sepuluh ribu mahligai
b)di syurga khuldi seratus ribu bandar dari cahaya.
c)di syurga ma'wa 30 ribu permata ya'kut(merah).
d)setiap dirham yang dinafkahkan ketika menuntut ilmu itu akan diberi bidadari sebanyak bilangan bintang2 di langit dunia dan semuanya sejumlah bilangan malaikat.
e)orang yang berjabat tangan dengan orang yang menuntut ilmu allah akan haramkan jasadnya dari api neraka.
f)orang yang menolong orang yang menuntut ilmu, Allah akan perintahkan terlepas dari neraka.
g)dan orang yang berilmu apabila mati, Allah akan ampunkn dosa orang2 yang hadir ziarah jenazahnya(org alim tersebut).
Dalam hadis yang lain nabi saw bersabda:"sebahagian manusia masuk syurga semata2..maka ditanya para sahabat siapakah mereka itu ya rasulullah?
nabi menjawab: iaitu mereka yang kasihkan ulama dalam hati mereka walau sekadar seberat zarah dan terdapat juga manusia yang masuk neraka semata2, ditanya siapakah mereka?
nabi saw menjawab, iaitu mereka yang ada pada hatinya perasaan benci pada ulama walau sebesar zarah.(Hadis ni sangat bahaya untuk wahabi yang suka mencela bahkan mengkafirkan ulama silam.)
Nabi saw bersabda: "sesiapa yang menolong orang alim atau orang yang menuntut ilmu walau hanya dengan memberi minuman air sekali, pahalanya seolah2 dia membina ka'bah sebanyak 70 kali."
Nabi saw bersabda lagi: "jika orang yang sedang belajar ilmu lalu di sebuah kampung, Allah akan angkat azab kubur di kampung itu selama 40 hari."
Dan banyak lagi hadis2 tentang kelebihan ilmu, ulama, penuntut ilmu, pecinta ilmu, pecinta ulama dan pembantu ulama dan pembantu penuntut ilmu... Jangan fikir apa yang kalian bantu untuk ilmu tu sia2.
Kalau nak gali hadis fadhilatnya, terlampaulah banyak..setiap yang diinfak untuk ilmu agama, bukan perkara kecik, nanti lepas mati baru lah nampak semua ganjarannya, apa2 pun, niat lah kerana Allah, dengan iman dan ihtisab..
Paling baik ialah tangan kiri pun tak tahu yang tangan kanan memberi..insyallah moga allah terima kita semua...
Ibnu Batoota
Tiada ulasan:
Catat Ulasan