Selasa, 16 Mei 2017

Amalan Malam Nisfu Sya'ban

Sahabat, bila malam Nisfu Sya'ban?

14 Sya'ban dan 15 Sya'ban.

Anda faham?. Alhamdulillah, bagus

Imam Syafie رحمه الله mengingatkan bahawa malam Nisfu Sya'ban ini adalah antara malam dimaqbulkan doa. Jangan lepaskannya.

Saya harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini;

1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam Nisfu Sya'ban ini.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."

Riwayat Imam Ahmad رحمه الله

- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Sahabat, jelas sekali bahawa malam  nisfu Sya'ban merupakan malam yang penuh barakah.

*DO'A MALAM NISHFU SYA'BAN YANG DISEBUTKAN DALAM KITAB MADZA FI SYA'BAN KARYA :*
*PROF DR. ABUYA ASSAYYID MUHAMMAD BIN 'ALAWIY AL MALIKY AL HASSANI*

بِسْمِ الله ِالرَحْمٰنِ الرَّحِيمِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَـحْبِهِ وَسَـلَّمَ. اَللهم يَا ذَا الْمَنِّ وَلَا يُمَنُّ عَلَيْهِ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، يَا ذَا الطُّولِ وَالْإِنْعَامِ، لَا إله إِلَّا أَنْتَ ظَهْرُ اللَّاجِئِينَ، وَجَارُ الْمُسْتَجِيرِينَ، وَمَأْمَنُ الْخَائِفِينَ. اَللهم  إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِي عِنْدَكَ (فِي أُمِّ الْكِتَابِ) شَـقِـيًا أَوْ مَحْـرُومًـا أَوْ مَطْرُودًا أَوْ مُقْتَرًا عَلَيَّ فِي الرِّزْقِ، فَامْحُ اللهم بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي وَإِقْتَارَ رِزْقِي، وَأَثْبِتْنِي عِنْدَكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ سَعِيدًا مَرْزُوقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ، فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ فِي كِتَابِكَ الْمُنَـزَّلِ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ: (يَمْحُو اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ). إِلٰهِي بِالتَّجَلِّي الْأَعْظَمِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ الْمُكَرَّمَ الَّتِي يُفْرَقُ فِيهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ وَيُبْرَمُ، أَسْأَلُكَ أَنْ تَكْشَفَ عَنَّا مِنَ الْبَلَاءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لَا نَعْلَمُ ، وَمَا أَنْتَ بِهِ أَعْلَمُ ، إِنَّكَ أَنْتَ الْأَعَزُّ الْأَكْرَمُ. وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ . اِنْتَهَى

Doa ini dibaca setelah solat maghrib malam ini setelah baca surat YASIN 3 x ( setiap habis membaca surah yasin doa diatas dibaca dengan niat dibawah ini)

‍‌‌‌‌‍‍‍‍‍‍‍‍‍‌‌‌Amalan yang dianjurkan

‍‌‌‌‌‍‍‍‍‍‍‌‌‌‌✔‌‌- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

‍‌‌‌‌‍‍‍‍‍‍‌‌‌‌✔‌‌- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

‍‌‌‌‌‍‍‍‍‍‍‌‌‌‌✔‌‌- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain - lain.

◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.

-------------------------------

2. Malamnya didirikan qiamulail dan berpuasa pd siangnya.

•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."

~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.

-------------------------------

3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja.

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

‍‌‌‌‌‍‍‍‍‍‍‌‌‍‌✖‌‌ 1. Orang yang melakukan syirik.
‍‌‌‌‌‍‍‍‍‍‍‌‌‍‌✖‌‌ 2. Pengadu domba (kaki batu api).
‍‌‌‌‌‍‍‍‍‍‍‌‌‍‌✖‌‌ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
‍‌‌‌‌‍‍‍‍‍‍‌‌‍‌✖‌‌ 4. Penderhaka kedua ibu bapa.
‍‌‌‌‌‍‍‍‍‍‍‌‌‍‌✖‌‌ 5. Orang yang ketagih arak.

-------------------------------

Selamat beramal kepada sesiapa yang mahu beramal.

‌‌‍‌‍‍‍‍‍‍‌

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah wanita dan Rasulullah

Suatu hari ada wanita muslimah datang ke Pasar Bani Qainuqa’ untuk suatu keperluan yang ia perlukan. Ia menghampiri salah satu pedagang Yahu...