" Disunnahkan kita memperbanyakkan doa di dalam sujud. Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم bersabda, Sujud itu adalah tempat yang baik, mudah mudahan Allah سبحانه وتعالى Qobulkan doa kamu semasa kamu sujud.
Kenapa? Sebab Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم bersabda, tempat yang paling dekat seseorang hamba itu dengan Allah سبحانه وتعالى ialah tempat sujud. Di mana mana sahaja kita berada, kita boleh menjadikan tempat itu tempat yang paling dekat dan tempat yang luar biasa antara kita dengan Allah سبحانه وتعالى.
Macam mana? Dengan sujud. Buatlah sujud di tempat kamu pijak itu, maka tempat yang kamu sujud itu sudah menjadi tempat yang paling dekat dengan Allah سبحانه وتعالى. Kerana itu Para Salafus Solehin رضي اللَّه عنهم وأرضاهم suka melakukan sujud di semua tempat milik mereka.
Tempat kerja, tempat Ibadah, di rumah, di dalam bilik, ruang tamu dan di mana mana sahaja yang mereka punya, mereka akan sujud di tempat itu. Bukan bermakna sujud itu hanya ibadah sujud sahaja, sudah tentulah bila disebutkan sujud, mestilah ada Ibadah solat sekurang kurangnya dua rakaat.
Bila ditanya sahabat kenapa? Jawapan mereka, sebab nak menjadikan tempat itu tempat yang dekat dengan Allah سبحانه وتعالى. Apabila tempat itu sudah menjadi tempat yang Mulia, Allah سبحانه وتعالى akan Memeliharanya dan Menjaganya.
Sedangkan sujud itu jauh ke bawah, tempat yang paling bawah dalam solat, tapi hakikatnya tinggi disisi Allah سبحانه وتعالى bahkan tempat yang paling dekat dengan Allah سبحانه وتعالى.
Sujud sebenarnya, rendah diri ,syukur segala nikmat dan Tawadhuk kerana Allah سبحانه وتعالى. Inilah sujud yang sebenarnya.
Berkata seorang Guru Soleh, kadang kadang seseorang itu sujud dengan kepalanya sahaja, tapi hakikatnya dia tidak pernah sujud kepada Allah سبحانه وتعالى. Kenapa boleh jadi macam itu? Sebab dia sombong, dia rasa dia hebat di atas dunia ini, maknanya dia masih belum sujud.
Kalau orang yang betul betul sujud kepada Allah سبحانه وتعالى, dia tidak akan nampak dirinya langsung. Makin sujud, makin dia Tawadhuk Lillahi Ta'ala. Jika dia makin Tawadhuk ,rendah diri disisi Allah سبحانه وتعالى, makin Tinggi darjatnya disisi Allah سبحانه وتعالى. Inilah namanya sujudul Qolb (sujud hati).
Al Habib Umar Al Hafiz حفظه اللَّه تعالى berkata, kalau hati seseorang sudah sujud, dia tidak akan bangun daripada tempatnya. Kalau hati seseorang itu sudah dapat sujud, maknanya dia sudah rasa kemanisan sujud, maka ketahuilah dia sudah dekat dengan Allah سبحانه وتعالى.
Hatinya sujud, dan dia tak nak bangun daripada sujudnya itu. Kalau jumpa di luar orang yang baik akhlaknya, baik muamalahnya, Beradab, Tenang, sebenarnya hatinya yang macam itu. Hati orang itu sudah sujud kepada Allah سبحانه وتعالى. Semoga Allah سبحانه وتعالى menjadikan kita dikalangan mereka yang sentiasa sujud kepada Allah سبحانه وتعالى.
Ulama berkata, jika kamu nak satu sesuatu daripada Allah سبحانه وتعالى, apa apa sahaja daripada kebaikan dunia atau kebaikan Akhirah, maka hendaklah kamu melakukan dua rakaat solat hajat kemudian hendaklah kamu bersujud dengan sujud yang panjang (lama) dan janganlah kamu bangun daripada sujud itu sehingga kamu dapat apa yang kamu nak daripada Allah سبحانه وتعالى.
Bukanlah dapat terus masa sujud , tapi kamu sendiri yang akan rasa bahawa Allah سبحانه وتعالى sudah terima doa kamu. Kemudian barulah bangun daripada sujud itu.
Macam mana kita rasa yang Allah سبحانه وتعالى terima doa sujud kita? Bila sujud, hatinya sangat tenang, atau bila berdoa di dalam sujud itu, dia menangis tiba tiba, sedar sedar sahaja sejadahnya basah. إن شاء اللَّه تعالى dan yakinlah , inilah petanda doanya sudah sampai kepada Allah سبحانه وتعالى.
Mudah mudahan InshaAllah, Allah سبحانه وتعالى menjadikan sujud kita seperti sujud Nabi Muhammad صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم.
Jangan masukkan perkara yang buruk ke dalam hati kamu, nanti susah hati itu nak sujud. Seperti bersangka buruk, membuka aib orang, bercakap hal orang, memutuskan silatur rahim. Jangan.
Perkara macam ini tidak ada Rahmah disisi Allah سبحانه وتعالى, tidak ada kasih sayang. Biarkan mereka yang buat jahat dengan kita, jagalah hati kamu itu, bahkan mendoakan yang baik baik untuk mereka, mudah mudahan mereka mendapat Hidayah dan Taufiq daripada Allah.
Kehidupan dunia ini sekejap sahaja. Umur kita di dunia pun tak lama, Nak apa dengan dunia ini. Perkara yang membuatkan hati seseorang itu tenang semasa dia sujud atau semasa dia solat ialah Kemaafan. Maafkan semua manusia. Walaupun orang itu salah.
Takpa maafkan sahaja, sebab kita sedang menunggu Kemaafan yang besar daripada Allah سبحانه وتعالى di Akhirat nanti. Kita memaafkan orang, maknanya ada kasih sayang dalam hati kita, Tapi Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Pengasih, InshaAllah ada Kemaafan daripada Allah kelak.
Bila macam ni InshaAllah hatimu senang nak sujud. Ulama berkata di dalam tafsirnya, sujud ialah Ridha dengan taqdir Allah سبحانه وتعالى. Orang yang sentiasa ridha dengan apa apa sahaja yang datang kepadanya, maka dia sebut, Alhamdulillah syukur, ini semua daripada Allah سبحانه وتعالى.
Dia sakit Alhamdulillah,
dia disakiti Alhamdulillah,
dia di khianati Alhamdulillah,
dia di caci di maki Alhamdulillah. Semuanya daripada Allah سبحانه وتعالى.
Kerana tidak ada sesiapa dikalangan manusia yang membuatkan kita lapar melainkan Allah سبحانه وتعالى. Tidak ada dikalangan manusia yang mematikan dan menghidupkan kita melainkan Allah سبحانه وتعالى. Maknanya tidak ada satu manusia yang ada kuasa melainkan dengan Izin Allah سبحانه وتعالى.
Al Imam Sya'rawi رحمه اللَّه تعالى berkata, kalau manusia melakukan satu perkara yang tidak baik atas diri kamu, maka hendaklah kamu tahu, mereka itu adalah sejenis alat bagi Allah سبحانه وتعالى. Sebenarnya Allah سبحانه وتعالى nak menyampaikan Taqdir Nya kepada kamu tapi melalui mereka. Mudah mudahan Allah سبحانه وتعالى menjadikan kita semua alat yang baik, alat yang menyampaikan perkara yang baik.
Rasulullah صلى اللَّه عليه وآله وصحبه وسلَّم bersabda, Sampaikanlah berita gembira kepada manusia walaupun berita itu buruk dan menyusahkan hati manusia. Disunnahkan berdoa kepada orang yang menyampaikan khabar gembira kepada kita, dengan doanya, Semoga Allah سبحانه وتعالى mengembirakan hati kamu, sepertimana kamu mengembirakan hati saya sekarang.
'Ala Kulli hal, مَاشَآءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَم يَشَأْ لَم يَكُن. Apa yang Allah kehendaki , maka jadi. Apa yang Allah tidak kehendaki, maka tidak akan jadi. Inilah makna sujudul qolb (sujud hati), orang yang sentiasa menerima dan bersyukur atas semua Taqdir Allah سبحانه وتعالى."
Murobbi Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه اللَّه تعالى
Tiada ulasan:
Catat Ulasan