Jumaat, 17 Jun 2011

Perintah Dan Kelebihan Orang Yang Mengejakan Solat


Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar). (Al-Baqarah 2:150)

Selain mendapat kebaikan di dunia, seseorang yang mengejakan solat juga akan mendapat kebahagian diakhirat dan jika diteliti kepada beberapa hadis yang telah menyatakan kelebihan-kelebihan solat terhadap individu yang mengerjakannya. Usman r.a diceritakan sebagai berkata, “ Allah SWT menganugerahkan sembilan kurnia atas orang yang menjaga solatnya dan khusyuk dalam mengerjakannya pada waktu-waktu yang telah ditetapkan, iaitu:

1. Dicintai Allah SWT
2. Diberi nikmat kesihatan
3. Dinaungi malaikat
4. Rumahnya diberkati
5. Nur taqawa bercahaya pada wajahnya
6. Hatinya akan menjadi lembut
7. Melintas titi Siraq seperti kilat pantasnya
8. Diselamatkan dari api neraka
9. Jiran-jirannya di Syurga adalah mereka yang Allah telah tetapkan dalam firmannya yang mafhumnya: “mereka tidak merasa takut dan tidak gundah gulana”. (Al-Baqarah: 38)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah :153)

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (Al-Baqarah :238)

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (An-Nisaa' :103)

Selain itu juga, Rasulullah SAW bersabda, “Solat adalah tiang agama dan mempunyai sepuluh fadhilat, iaitu:
1. Daya penarik pada wajah
2. Teman di dalam kubur
3. Jalan turunnya rahmat Allah
4. Anak kunci ke syurga
5. Timbangan bagi neraca (amalan baik)
6. Jalan untuk mendapat keredhaan Allah
7. Harga bagi syurga
8. Naungan dari api neraka
9. Seseorang yang melengah-lengahkannya merosakkan islam

Huzaifah r.a juga berkata apabila Rasulullah menghadapi sesuatu kesulitan, lantas Baginda bersolat. Solat adalah satu rahmat yang besar dari Allah s.w.t bersolat pada ketika menghadapi sesuatu kesusahan adalah seumpama bersegera mencari rahmat Allah s.w.t dan apabila rahmat Allah itu tiba menyelamatkan pastilah bahawa bekas-bekas kesulitan itu tidak akan ada lagi.

Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).
(Al-A'raaf :170)

Dengan menjalankan solat, kita boleh memperbaiki semula iman yang ada pada diri kita agar kita sentiasa bersemangat dan berkeyakinan sepanjang hari agar daya tumpuan kita tidak mudah goyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah wanita dan Rasulullah

Suatu hari ada wanita muslimah datang ke Pasar Bani Qainuqa’ untuk suatu keperluan yang ia perlukan. Ia menghampiri salah satu pedagang Yahu...