Sabtu, 17 Mac 2012

Cara Isteri Kacau Air boleh merubah DUNIA.

Rumahtangga ANDA tidak damai?? 

Cuba intip bagaimana isteri anda mengacau air semasa membuat air teh atau kopi. 

Adakah isteri anda mengacau secara berarah jarum jam atau secara berlawan jarum jam? 

Setiap kejadian ALLAH swt di alam ini semuanya bergerak berlawan jarum jam. 

Mengikut pakar metafizik, pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF.

Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Ka’bah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam. 

Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam.

Elektron dan proton di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam. 

Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. 

Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam. 

Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.

Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. 

Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. 

Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. 

Perputaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.

Putaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam. 

Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam. 

Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.

Apabila isteri, pembantu rumah dan pembantu office buat air dengan mengacau secara ikut jarum jam secara tidak sedar mereka memasukkan TENAGA NEGATIF kedalam minuman dan akan menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam rumah, tempat kerja, masyarakat dan negara.

Pakar Metafizik juga percaya manusia mulai diserang sesuatu penyakit apabila electron dan proton di bahagian tertentu dalam tubuh bergerak mengikut arah jarum jam.

TETAPI mengapa jam yang kita pakai dicipta bergerak ke kanan…???

Adakah ini ciptaan gerakan FREEMASONS untuk menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam setiap manusia yang memakai jam tangan!!! ???

Rahsia Dari AL-QUR'AN Bagaimana Menjadi Jutawan

Di dalam Al-Quran terdapat satu RAHSIA bagaimana anda boleh menjadi JUTAWAN. 

Berikut adalah ringkasannya:

Mahmud Ibn Labid r.a. berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, 

“Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam:

1. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). 

2. Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab.”

Namun jika anda ingin menjadi seorang JUTAWAN, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) 

1. orang-orang yang KUAT IMANNYA 

2. yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan 

3. mendirikan SOLAT serta memberi ZAKAT; 

Mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, 

Dan menambahi mereka lagi dari limpah KURNIANYA; 

Dan sememangnya Allah memberi REZEKI kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan TIDAK TERHITUNG.”

Maksudnya, 

1. dengan sentiasa mengingati Allah, 

2. mendirikan solat, 

3. memberi zakat serta sedekah, 

4. takutkan hari kiamat kerana akan diadili, 

seseorang itu akan mendapat limpah kurnia dan balasan yang paling baik dari Allah. 

Sesungguhnya Allah pemberi segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana PANDUAN UNTUK MENJADI JUTAWAN banyak terdapat di dalam Al-Quran. 

Bacalah tafsir Al-Quran yang harganya anggaran RM20 di pasaran. 

Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, 

“Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” 

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi 

1. ingin gaya hidup sederhana, 

2. selesa, 

3. tidak mahu mempunyai bebanan HUTANG dan 

4. dikurniakan KECUKUPAN dalam semua perkara, 

amalkan membaca SURAH AL-WAQI'AH setiap malam. 

Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, 

“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan SELAMA-LAMANYA.”

Sekiranya anda sekarang berada 

1. di dalam keadaan terdesak, 

2. ditimpa kesusahan, 

3. memerlukan wang segera untuk sesuatu perkara mustahak, 

maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., 

apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan SOLAT SUNAT. 

Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, 

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan SABAR dan mengerjakan SOLAT; 

dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang KHUSYUK”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah saw menghadapi sebarang kesempitan rezeki, 

Beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 SURAH TAHA. 

Firman Allah di dalam ayat berkenaan, 

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, 

dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. 

Kami tidak meminta rezeki kepadamu, 

(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. 

Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakan yang mengamalkan tips ini mendapat kemurahan rezeki yang LUAS dan bersederhana, insyaALLAH

Mereka tidak kelam kabut dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. 

Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. 

Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

RAHSIA SURAH AL-FATIHAH & CARA AMAL


Dalam kekusutan minda, ketidak tenteraman jiwa, kecelaruan ummat dan segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini 

adalah penting bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan pelbagai ilmu. 

Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang lebih mustahak ialah mengamalkan ilmu yang ada.

Baca dan ketahuilah Rahsia Surah Al-Fatihah ini. 
Amalkanlah ilmu yang kita dapat. 

InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (saudara-mara/ pasangan/ anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :

- Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur. 

2. Untuk mengubati penyakit kritikal:

* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air

* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.

* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari berterusan.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:

* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.

* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis:

* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut. 

6. Untuk merawat luka kecil (luka terkena pisau, luka sengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dll)

* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali

* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian "langit-langit" dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:

1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)

2. Baca dengan penuh "khusyuk" dan "Tawadhu"

3. Tawakal sepenuhnya pada Allah

4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintalah dengan niat yang baik. 

InsyaAllah akan makbul permintaan anda.

Sumber; Ustaz Nasir

Selasa, 6 Mac 2012

TAKDIR, SUAMI DAN DIA


Menelusuri ringkas kehidupanku, aku dilahir dan dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana, namun ayah menghantar aku ke sekolah Inggeris pada pendidikan rendah dan bersekolah agama di sekolah menengah. Dibesarkan dalam keadaan begitu, aku menjadi terbuka kepada keadaan.
Di peringkat universiti, aku memilih jurusan Bahasa Inggeris sebagai "major".Membaca dan membesar dengan artikel Inggeris, filem-filem Inggeris dan lagu-lagu Inggeris, aku menjadi "terbuka". Terkadang hatiku bercelaru di antara sempadan "keterbukaan" itu dan batasan agama.
Namun, Allah itu Maha Mengetahui. Sehebat-hebat peracangan manusia, lebih sempurna lagi perancangan Allah. Aku berkahwin dengan lelaki dari luar bangsa asing dari luar negara, namun masih beragama Islam. Melaluinya, aku mengenal luasnya rahmat Allah, kepelbagaian tradisi dan budaya, makanan, bahasa dan lain-lain lagi. Makin panjang usia pernikahan kami, makin banyak yang aku pelajari. Minda ku bertambah terbuka mengenal perbezaan dan persamaan manusia, namun semua masih berbalik pada Allah yang Esa.
Akhir-akhir ini, aku diuji lagi. "keterbukaan"ku diuji Allah lagi apabila suami memberitahu yang dia mahu bernikah lagi. Seorang janda warga Eropah beranak dua. Dia mahu mengenal Allah dan Islam. Hati wanitaku dicabar. Cinta dan kesetiaanku diuji. Mahu saja aku memohon cerai kerana tak sanggup dimadu. Kuajukan masalahku kepada kadi. Aku dinasihatkan bertenang dan mohonlah dari Allah dari jalan Solat dan Sabar.

Maka, aku melakukan istikharah. 2 kali aku melakukan istikharah, aku mendapat petunjuk Allah lebih menyukai aku untuk terus setia di samping suami. Suami juga telah memohon ulama' dan imam besar di negaranya untuk melakukan istikharah, dan beliau berpendapat suamiku wajar menikahi wanita itu.
Lalu aku pun bermadu. Luluh juga hati wanitaku saat itu, namun jika ini yang ditaqdirkan Allah bagiku, aku takkan mampu melakukan apapun untuk menghentikannya. Saat pertama kali aku melihat maduku, luluh lagi hati wanitaku, namun, ku temui ciri wanita solehah padanya.Saat dia mengulangi shahadahnya padaku, kurasakan airmataku mengalir. Dia kini saudaraku dan biarpun hati wanitaku dihiris luka, aku mulai ikhlas menyayanginya.
Suami meminta aku membantu dalam membimbingnya. Saat kali pertama dia mengenakan hijab di kepalanya, dia enggan menanggalkannya biarpun aku terkadang risau dia panas/ rimas. Saat aku mengajarkannya tentang Islam, dia begitu bersunguh-sungguh. Biarpun kurang fasih  berbahasa Inggeris, maduku sering menyuruhku membacakan ayat-ayat Quran dan doa-doa, lalu ditulisnya dalam tulisan yang difahaminya.
Terkadang datang juga godaan syaitan untuk menghasut aku untuk menyakitinya, menyakiti hatinya, namun aku teringat, DENGKI ITU IBARAT API YANG MEMBAKAR KAYU. Aku tentu tidak mampu menjawab di hadapan Allah jika aku menyakitinya dengan sengaja. Aku malu untuk menyakitinya demi untuk merebut cinta suamiku. Aku lebih tidak mahu Islam itu menjadi fitnah jika aku menyakitinya dengan sengaja. Apa yang aku mahu tunjukkan kepada maduku yang jua merupakan saudara baru? Adakah aku mahu tunjukkan yang wanita Islam itu sombong belaka? Wanita ISlam itu suka menyakiti? Wanita Islam itu tidak adil dalam berkasih sayang? Tidak sama sekali!!!
Naluri wanitaku tercalar juga oleh pedihnya poligami, namun Islam Itu Indah. Islam itu Perdamaian. Islam Itu Persaudaraan. Teringat aku pada satu ceramah Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim Ilyas, di mana Ustaz Azhar Idrus menceritakan bagaiman orang Ansar menolong orang muhajirin, memberikan rumah, pakaian, isteri, harta benda, perniagaan, kerana jiwa orang Ansar telah "dibeli" oleh Allah. Lantas, aku tahu, aku tidak akan mampu menjadi sehebat orang Ansar. Namun, jika Allah memilih aku bermadu, aku tentu mampu berkongsi sedikit kasih suami. Hidupku yang didorong  bersifat "terbuka" ini jugalah mungkin cara Allah memberikan aku kekuatan untuk menerima poligami.
Maduku tentunya lebih mulia berbanding aku kerana dia seperti bayi yang dilahirkan. Suci. Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu. Kini, dia hamil anak suamiku, anak kami, tentu dia juga lebih dikasihi Allah dariku, kerana amalannya wanita hamail lebih disukai Allah. Para Malaikat sedang mendoakannya siang dan malam.
Melihat maduku menjadikan aku lebih insaf. Aku dilahirkan Islam, namun tidak mengenal Allah. Bila Allah mentakdirkan aku bermadu, aku seperti  ditampar kuat. Ia menyedarkan aku bahawa suami yang aku paling cinta ini juga hanyalah pinjaman. Bila Allah mentakdirkan aku berkongsi suami,aku kembali tersedar, suamiku juga bukan milikku yang mutlak.
Melihat maduku bersolat dan mempelajari Islam, membuatkan aku sedar, betapa beruntungnya aku dilahirkan dan dibesarkan di sini. Aku bebas dan mudah mempelajari Islam. Maduku membuatkan aku tersedar tentang satu perkara,aku mungkin tahu apa itu islam, tetapi maduku mengajar aku untuk lebih mengenal Allah dan ketentuan takdir. Dia memahamakan aku tentang kuasa mutlak Allah atas sesuatu.

Bila maduku meminta aku mengajarkan sesuatu, aku rasa terharu. Sebenarnya, bukan hanya dia yang belajar, malah aku lebih belajar lagi. Maduku memahamkan aku tentang Iman, tentang Tauhid.Maduku menguatkan maksud hidup yang sebenar.
Aku sebenarnya bersyukur dimadukan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dimadulah aku sekurang-kurangnya kembali ke jalan Illahi. Banyak benar nikmat Allah yang telah lama aku lupai. Allah tidak pernah melakukan sesuatu itu sia-sia. Suamiku juga kini lebih mengambil berat tentang hati dan perasaanku.
Biarpun berpoligami, aku belum lagi berasa kurang, malah aku merasa lebih. Kini, suami lebih memberikan perhatian dan kasih sayangnya padaku. Dia lebih terbuka menyatakan perasaannya. Bila suami bergilir di rumah maduku, aku mempunyai lebih masa untuk diriku sendiri. Maduku sering berkongsi masakan dari negaranya. Malah, pada saat aku sakit, madukulah yang memasak dan menjagaku dan membantu menguruskan suami. Jadi, aku boleh lebih berehat dan lebih cepat sembuh.
Hidup ini adalah pilihan. Bila Allah mentaqdirkan sesuatu ke atas kita, tentu ada kebaikan padanya jika kita mahu berfikir. Aku boleh memilih untuk bercerai dari suamiku, tapi untuk apa? Aku dan suamiku masih saling mencintai. Aku boleh memilih untuk meruntuhkan rumahtangga suamiku untuk memisahkan mereka, tapi mampukah aku menjawabnya di hadapan Allah?? Aku boleh memilih untuk bermasam muka dan merajuk dengan suami, tapi sampai bila?? Lantas aku memilih untuk cuba hidup dalam kasih sayang Allah. Aku tidak tahu berapa lama umurku dipinjamkan Allah. Mungkin madukulah nanti yang akan menjagakan suamiku. Mungkin anak dari maduku inilah yang akan menjaga aku saat aku dan suami sudah tua nanti, atau mungkin umur suamiku tidak panjang, maka maduku dan anaknya inilah yang akan menemankan aku.
Hidup kita ini milik Allah. Hiduplah dengan bahagia. Usah memilih derita dan dendam. Kasih sayang itu indah. Manusia hanya mampu merancang, namun perancangan Allah itu Maha Sempurna. Aku yakin, setiap yang berlaku, biarpun betapa buruk dan pedih, tentu Allah akan mentaqdirkan kebaikan yang banyak padanya (apabila kita memahami). Allah tidak pernah zalim, cuma kita yang zalim bila kita enggan menerima ketentuan Allah.

Sabtu, 3 Mac 2012

‎10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. 

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥


Sumber; Artikel: Hak milik LifeFit.my

Kisah wanita dan Rasulullah

Suatu hari ada wanita muslimah datang ke Pasar Bani Qainuqa’ untuk suatu keperluan yang ia perlukan. Ia menghampiri salah satu pedagang Yahu...