Rabu, 22 November 2017

TERSENTAP TAPI BERMAKNA

*Masa kecik-kecik... adik beradik tidur bersama*

*Bila sudah besar bilik masing-masing*

*Bila sudah nikah, rumah masing -masing*

*Bila sudah tua, seorang demi seorang adik-beradik pergi, tiada lagi bising*

*🤓Mulanya* berkumpul ...
*penutupnya kubur masing-masing*

*Wahai adik-beradikku, 
Wahai anak menantuku,
Wahai saudaramaraku,
Wahai sahabat2ku*

🤓disebabkan kubur masing - masinglah *kita selalu kena saling berpesan - pesan.*

*Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong,*

*Ingatlah ... disana tiada abang, kakak, adik...*

*Hanya kau dan amal mu,*

*Bersedia selalu, bersiap selalu,*

*Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi*,

*tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda...!!!*

🤓*Jika anda ingat mati, anda orang yang bijaksana...!!!*

*"ALAM BARZAKH PERMULAAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR"*

*Buat baik dengan orang tak semestinya orang akan hargai. Tetapi Allah akan membalas kebaikan yang kita buat*

*Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi Allah melihat itu perbuatan yang mulia*

*Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNYA*

*Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi Allah pemilik semua yang baik*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah wanita dan Rasulullah

Suatu hari ada wanita muslimah datang ke Pasar Bani Qainuqa’ untuk suatu keperluan yang ia perlukan. Ia menghampiri salah satu pedagang Yahu...