Jumaat, 17 Februari 2017

*PUNCA KETIDAK SUBURAN WANITA*

1 . Saluran Tiub Fallopio Tersumbat

Disebabkan jangkitan kuman yg menyebabkan tuib fallofio tersumbat atau kandungan luar rahim dan juga disebabkan endometriosis.
.
2 . Endometriosis

Terjadi apabila tisu dari selaput rahim (endometrium) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Terdapat tisu endoetrium yang melalui tuib fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid yang menyebabkan radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.

3 . Gangguan Telur

Hormon tidak seimbang menyebabkan gangguan dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbang hormone boleh berlaku disebabkan berat badan yang berlebihan atau kurang berat badan, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat dan juga boleh disebabkan oleh kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik.

4 . Masalah Rahim

– ketumbuhan pada rahim (fibroid) iaitu terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia bole membesar dan menyebabkan kesakitan semasa period.

5 . Hormon & Haid

  Ketidakseimbangan hormone adalah berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormone tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal.

Kedakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

6 . SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)

Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.

PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

Antara tanda-tanda PCOS ialah  kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).

Sila berjumpa pakar sakit puan untuk memastikan keadaan kesihatan anda dan masalahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah wanita dan Rasulullah

Suatu hari ada wanita muslimah datang ke Pasar Bani Qainuqa’ untuk suatu keperluan yang ia perlukan. Ia menghampiri salah satu pedagang Yahu...