Assalammualaikum
Terima kasih kerana sudi memberikan saya berpeluang berkongsi cerita di sini
sebenarnya, rasanya saya salah seorang hamba Allah yang ingin Allah beri ujian.. apa yang saya tahu, ..Allah tak akan menguji seseorang hambanya melainkan Dia tahu hambanya itu mampu menanggung ujianNya itu
Sahabat-sahabat yang lain perlu rasa bertuah dan bersyukur kerana masih mempunyai rahim dan berpeluang untuk mengandungkan zuriat sendiri walaupun belum ada rezeki.
untuk pengetahuan anda dan sahabat-sahabat sekalian, saya berumur 28 tahun dan sudah mendirikan rumahtangga hampir 2 tahun, Alhamdulillah.
Tetapi saya dan suami tidak berpeluang untuk memiliki zuriat sendiri melainkan Allah memberi keajaiban kepada kami.
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, 3 minggu selepas saya dan suami bertunang, saya jatuh sakit dan doktor mengesahkan saya menghidap endomentriosis dan menyebabkan saya menjalani pembedahan membuang 1 ovari saya.
Selepas itu, Allah ingin menguji iman saya dan suami lagi dengan berita yang begitu meruntun hati saya dan suami (ketika itu tunang). sebulan sebelum mendirikan rumahtangga, saya disahkan oleh doktor pakar yang merawat saya yang saya menghidap barah yang begitu aktif di ovari saya yang satu lagi dan beliau mahu saya segera dibedah untuk mengelakkan sel barah itu merebak ke organ lain.
Saya meminta pada doktor berkenaan untuk menangguhkan pembedahan itu kerana saya ingin sekali memiliki zuriat sendiri tetapi doktor tidak membenarkannya kerana beliau bimbang dengan tahap kesihatan saya.
Saya masih ingat lagi, waktu itu saya, suami (ketika itu tunang) dan doktor sama-sama sayu dan bergenang airmata dan akhirnya saya dibedah kali kedua untuk membuang ovari dan rahim saya.. dan ketika itu saya sedar, saya telah menopous di usia 26 tahun.
Tetapi saya dan suami redha.. kami tahu ada hikmah disebaliknya.. pada saya Allah tidak memberi saya zuriat, tetapi Allah sayang pada saya dengan mengurniakan suami yang cukup baik, Alhamdulillah..
Walaupun saya sering kali menangis apabila mendapat tahu rakan-rakan, adik-beradik dan saudara mara mengandung atau melahirkan zuriat, saya berusaha untuk bersabar dan sentiasa ingat bahawa Allah merancang sesuatu yang....... InsyaAllah baik untuk saya dan suami dan perjalanan hidup kami di dunia ini.. InsyaAllah
Kisah Benar........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan