Assalamualaikum
Buat semua sahabat-sahabat yang senasib dengan saya. Rupa-rupanaya ramai juga insan yang nasibnya sama dengan saya iaitu sukar untuk mendapat zuriat.
28 Mei 2009 ni genap usia perkahwinan saya 3 tahun. Sekejap saja rasanya masa itu berlalu. Saya merasakan seolah-olah baru berkahwin kerana saya merasakan layanan suami sama seperti di awal perkahwinan dulu. Walaupun kami belum dikurniakan zuriat namun……….Allah kurniakan kami nikmat kebahagiaan.
Kebanyakan sahabat-sahabat yang kahwin sama dengan kami dan yang kemudian kahwin telah mempunyai 2 orang anak, sewaktu itu barulah terasa yang usia perkahwinan kami ni dah masuk 3 tahun.
Memang saya akui…….perit melalui kehidupan tanpa zuriat dengan cercaan dan sindiran orang. Satu tahap saya merasakan mereka semua seolah-olah terlupa bahawa segalanya adalah ketentuan Allah. Mereka seolah-olah berbangga kerana mereka ada anak. Sedangkan saya………???????? Saya sememangnya dah lama terasa hati dengan sindiran rakan sepejabat yang mengatakan suami saya ni mesti bermasalah dan tak power.
Siapa mereka untuk berkata begitu??????? Hanya saya dan Allah saja yang tahu kemampuan suami saya. Saya cukup terkilan kerana semua itu melibatkan maruah suami saya. Tapi…….mereka kata hanya bergurau. Adakah itu gurauan yang boleh diterima kalau ia melibatkan maruah suami saya.
Kadang-kadang mereka asyik mengata dan mengutuk rakan-rakan yang tak dikurniakan anak ni. Setiap kali ada berita antara mereka mengandung….mereka berbangga dan seolah-olah menunjuk-nunjuk dengan saya. Saya sabar………….walau dalam hati saya menangis.
Saya bersyukur kerana Allah kurniakan saya seorang suami yang baik, penyayang dan sentiasa berusaha untuk menjaga hati saya. Saya tahu suami saya seorang yang begitu sukakan kanak-kanak. Saya tersentuh setiap kali melihat dia begitu mesra dengan anak-anak saudara. Pernah satu tahap saya suarakan hasrat saya agar dia berkahwin lain kerana saya tak mampu melihat hidupnya sepi tanpa tangisan seorang anak.
Saya juga sedar suami saya mempunyai ramai peminat perempuan. Kemana saja dia pergi pasti ada insan yang ingin mendekati. Saya sedar semua tu….tapi…saya bukanlah seorang isteri yang suka mengawal suami dan cemburu buta. Tapi…….suami saya seolah-olah memahami apa yang saya pendamkan dan cuba menenangkan hati saya dan meyakinkan saya bahawa dia takkan sesekali menduakan saya dan dia akan pastikan saya adalah yang terakhir dalam hidupnya. Terharunya saya mendengar penjelasannya.
Sementara hidup berdua ini……kami banyak belajar untuk menyelami perasaan masing-masing. Kami juga dianggap belangkas oleh rakan-rakan lain kerana kemana saja pasti bersama. Peluang inilah juga kami ambil untuk buat segala aktiviti bersama.
Saya juga sentiasa berusaha untuk menjadi seorang isteri yang sempurna. Saya cuba belajar memasak, menjahit dan segala aktiviti yang boleh menghilangkan kesunyian dan kebosanan saya. Bagi saya itulah cara untuk saya melupakan kekurangan diri saya. Kini saya berusaha untuk meningkatkan amalan diri dan menjadi isteri yang solehah…
Saya dan suami dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Buat masa ni kami cuba perubatan tradisional dan baru-baru ni mencuba serbuk kurma dari mekah. Alhamdulillah……..ada juga sahabat-sahabat dan saudara mara yang mendoakan kami setiap kali mengerjakan umrah dan haji.
InsyaAllah…..setelah urusan pembelian rumah kami selesai barulah kami merujuk kepada pakar. Saya yakin dan sentiasa bersangka baik dengan Allah bahawa suatu hari nanti masa untuk kami bergelar ayah dan ibu akan tiba. Kami juga sedar bahawa segala ujian ini sebenarnya lebih merapatkan hubungan kami dan mendekatkan hubungan denganNYa.
Saya juga berniat untuk mengerjakan umrah seandainya ada rezeki untuk kami. Saya pasti……..hati kami lebih tenang.
Nasihat saya pada semua agar kita jangan sesekali berputus asa dengan rahmatNya. Ambillah peluang sementara hidup berdua untuk muhasabah diri masing-masing dan berusaha meningkatkan amalan serta memperbaiki segala kekurangan yang ada.
Hari ini saya sedar bahawa saya tak keseorangan melalui hidup senasib saya……
So……..pekakkan telinga apa yang orang lain nak kata. Sesungguhnya hidup kita tak semestinya berada di atas. Semoga Allah mengampukan dosa-dosa mereka-mereka yang selalu mengata dan menyindir.
Kisah Benar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan